Kawan-kawan =D

Monday, 30 June 2014

Kisah Semut dan Nyamuk

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita sebenarnya macam ni

Alkisahnya, 
Aku kemas dapur...
Kemas dan kemas dan kemas dan........

Dan tiba2 aku terdengar bunyi "pranggggg".... kaca jatuh dan kaki aku pedih...
Tudung teko kaca kesayangan mak aku jatuh, dan of coz la pecah...

Dalam hati, 'mampus aku'

Petang tu, aku bagitau mak aku..

"Ma, tudung teko hat dalam kotak tu pecah.."
"Astaghfirullah..."

Haha dengar istighfar tu pun, aku dah tau.. Aku bakal kena bebel...
Dan....
"Macam mana buleh pecah? Hang buat macam mana? bla bla bla"

Aku pulak suka menjawab "laaa nak buat macam mana, dah dia nak jatuh.. tertungging pulak"

"Macam mana buleh jatuh? Hang pegang macam mana? bla bla bla"

At last, diam je la... Dah aku yang salah kan....

Dan tiba2 mak aku cakap, "haiii perasan teko tu ada dua... mana lagi satu?"
Aku cakap, "mana ada, tak jumpa pon.. jumpa yang tu satu ja"

"Betoi ka? Abeh tu dok di mana? Takkan tak jumpa?"

Dalam hati, 'ni mesti nak cakap aku bagi pecah ni'
Aku cakap, "betoi la.. memang jumpa yang tu ja"

Mak aku, "betoi ka ni? ka tengok2 dok kat lunggok sampah dah?"
Aku cakap, " hoihhh agak2 ar, takkan nak bagi pecah dua2 kot.. betoi memang tak jumpa yang tu"

"Haaa kalau xbetoi xpa, kot mana pon nanti tau jugak... nanti tiba2 terjumpa dekat lunggok sampah tu, 
jaga hang"

"Suka hati la, tamau caya sudah... Kita tak salah, nak takot buat pa"

"Haaaa xpa la, kot mana pon nanti kebenaran tu mai jugak.."

Hahaha mak aku macam dah berdendam dah kat aku..
Dan sampai sekarang teko tu tak jumpa lagi, so aku masih lagi jadi suspek utama...


p/s: A = aku
      B & C = teko kesayangan mak aku la
      mak B dgn C = mak aku

*lunggok sampah tu tempat orang bakar sampah... selalunya kat belakang umah la...


p/s lagi : owh aku tadak gaduh2 dengan mak aku.. masih boleh bergelak tawa riang ria...

Saturday, 28 June 2014

Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Syira buat GA lagi..
Huhu rajin betul dia.

klik banner kalo nk join



Saturday, 14 June 2014

Random #1

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..



Hakikatnya, aku sayang barang2 aku..







Dream

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...




Dream..
Bagi aku, dream ni merupakan cita2 kau yang paling besar, cita2 yang memang hebat la, cita2 kau yang paling havoc la..
Dream ni bukan sekadar satu mimpi dalam tidur, yang bila kau terjaga, kau sendiri dah lupa apa mimpi kau..
Dream ni bukan sekadar satu cita2 yang kau usaha dan capai, dan ok aku dah capai cita2 aku..
No, it's not that..
Bagi aku, dream ni satu cita2 yang infiniti... Yang memang kau akan usaha gila2 punya, buat everything yang kau mampu, sampai cita2 kau tercapai dan kau akan keep on improve benda tu dari semasa ke semasa..
Dream ni satu benda yang no matter what, aku kena jugak capai benda tu..

Tu definisi dream bagi aku...


Actually aku ada dream..
Dream yang sememangnya aku takkan mampu capai kalo aku sorang2..
Aku ada suarakan dekat sorang kawan ni, tapi dia macam still tak dapat nak bayang aku punya dream tu :3
I'll try again later

Thursday, 12 June 2014

Kelab Peminat Karanime Malaysia @ MyPutrajayaFM

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...



Rasanya aku penah mention pasal Kelab Kartun Malaysia kat sini kan..

Actually tadi presiden kelab dijemput ke MyPutrajayaFM..
Lebih kurang macam nak perkenalkan kelab ni kepada dunia la...

Aku join kelab ni dah lama..
Dah dekat tiga tahun rasanya..

Waktu aku join, ahli tak ramai pon..
Tapi sekarang, dekat group dah ada 11k ahli..
Tapi yela, bukan semua ahli aktif kan..

Time KPK post benda ni dekat group, aku memang dah bersiap2 nak keluar dah...
Boleh pulak hold kan dulu niat tu...
Try buka MyPutrajayaFM..

Bila dengar lagu2 anime dekat radio, tatau la cemana nak cakap tahap excited tu macam mana..
Rasa macam benda yang aku minat selama ni dapat pengiktirafan...
Haaa macam tu la lebih kurang...

Bukan nya nak cakap sebelum ni, anime tak dapat pengiktirafan ke apa..
Tapi benda2 macam ni kurang..
Diorang tak tau kat nak tonjolkan diorang punya minat..
Memangla ada je event2 yang diorganised, tapi berapa kerat sangat la yang mampu pegi kan..

So bila ada benda2 macam ni, ada radio yang sudi mainkan lagu2 macam ni..
Kind of satu berita baik la untuk kitorang...

Owh esok pon dia akan mainkan lagi lagu2 anime..
Try la bukak.. 


p/s aku rasa banyak ayat aku merapu dan tunggang langgang =,="

karanime = kartun + anime

Wednesday, 11 June 2014

Adik Baru, Kawan Baru...

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Actually aku tatau pon nak cita apa pasal dating ni kan..
Ni first time kitorang jumpa..
Kenal dekat group usrah dekat whatsapp..

Adik ni muda lagi..
Baru 19tahun katanya..
Aku ni dah macam "ya Allah, tua dah aku ni rupanya"
Terpaksa la bahasakan diri ni akak..

Walaupon baru jumpa, rasa macam selesa sangat dengan dia
Tatau kenapa..
Sebelum ni pon penah je jumpa dengan orang lain..
Tapi perasaan tu tak sama..

Tatau la perasaan aku ke apa..
Tapi aku macam boleh rasa dia punya keikhlasan nak dekat dengan aku..
Sumpah terharu sangat..
Rasa macam nak peluk2 je dia..
Tamau lepas... Hahaha over...

Kitorang jumpa pon kejap je..
Teman pegi beli kasut dekat Sogo..
Pegi makan dan balik...

Owh aku tak balik...
Aku terus ke CAF...

Haaaa ni la adik tu..
Bila tengok gambar ni, aku rasa sedikit muda..
Sebab aku pendek..

Kepada yang berkenaan, terima kasih banyak2 =D
InsyaAllah nanti kita jumpa lagi
Anda orang pertama yang tak tanya "ehh akak dah kawen ek?"
Selalunya bila nampak cincin kat jari, orang akan tanya..


Monday, 9 June 2014

Comic Art Festival @ Annexe Gallery (7 & 8 June)

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Kesimpulannya....

1st day


2nd day


Haha tak menyempat... Dah masuk kesimpulannya terus..
Nampak sangat malas nak menulis..

Alkisahnya macam ni...

Actually aku tatau pon wheres on earth Annexe Gallery tu
Yang aku tau, kat Cental Market..

Sampai je CM, nampak benda alah ni..


Tapi tatau kat celah mana galeri tu....
So aku pon jalan menonong je straight ke depan, dan at last nampak CAF punya banner...

Ikot je direction dan sampai Alhamdulillah...



Tu dia punya tiket masuk, RM10
Gedabak punya besar..
Tiket tu valid for both days..

Tapi bila masuk, aku tatau nak menuju kemana hahaha

Aku just tau Comichat je

So aku cari booth Comichat je la....

Memang plan mula2 tu, aku nak pegi survey je..
Keesokan hari tu baru nak beli...

Dekat booth tu, belek je suma komik...
Amik satu, inche yang jaga booth tu pon terangkan pasal buku tu..
Amik lagi satu, dia terangkan lagi...
Pegang lagi satu, dia terangkan lagi...

Yang mulut aku dok kumat kamit congak harga...
Sambil dok pikir, "bagus nya inche ni, aku tak dan nak tanya, dia dah terang perabeh.." 
Kagum sat..

Dia pulak macam tau2 je, aku dok pulun congak..
Dia cakap, " owh kalo tiga2 ni, rm15"

Aku macam "owh rm15 ja"
"Ok lah, amik tiga2 ni"

Hahahaha memang tak menahan...
Sambil kutuk diri sendiri, "mana azam ang pasang kat luar tadi?"

Ikotkan ati, nak beli sekali button badge diorang sekali, tapi pikir balik..
Owh esok aku nak mai lagi, so tak payah beli la...

Tapi memang patot aku tak menahan pon, sebab malam tu, diorang update, komik The Ardin's tu dah sold out...
So ada la hikmah aku tak menahan tu...


Ni hasil hari pertama tu...
Siap dapat bookmark percuma lagi...

The second day tu, plan nak p awal pagi..

Tup2 ada orang ajak dating pulak... (next entry aku cita)

So dalam pukol 3 lebih baru pi..

Oleh sebab memang plan nak beli button badge je, aku pon beli yang tu je la...
Dengan sketch book...
Sketch book la sangat, tangan keras macam kayu pon gagah nak beli sketch book...

Dan aku suruh inche yang jaga booth tu lukis something dekat sketch book tu..
Memandai je kan..

Dah aku tengok tadak orang dekat booth..
Aku suruh je la...

Dia pon cakap, "ehh boleh2"
hihihi



Hasil ari kedua

p/s: dua ari aku taip entry ni.. so ayat pon macam serabut, tunggang langgang
 gomen =,="