Kawan-kawan =D

Thursday, 20 March 2014

RM10 dan Doa (part II)

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Ok, ni sambungan cita ni.. RM10 dan Doa


Alkisahnya, benda ni jadi time aku balik dari RBNS

Lepas solat kat KL Sentral, aku dengan Wawa, kawan aku singgah Masjid Jamek..
Kitorang dah kemaruk nak pi pasar malam...

Dan pasar malam kat Masjid Jamek pulak, secara kebetulannya ari Sabtu
So, kitorang singgah la dulu..

Dan time berjalan keluar dari Masjid Jamek tu, guess what...
Aku jumpa sapa?

The same abang yang aku jumpa kat Dang Wangi tu...
Time jalan tu, aku tengok dia..
Dalam hati, "dia kenai aku ka dak??"

Dan dia tegur aku..
Aku pon berenti la..
Konon nak dengar apa yang dia cakap..
"Dia ni nak bayar balik duit aku ka?"

Haha perasan abang tu nak bayar balik duit aku..

Dan dia cakap,
"Assalamualaikum cik, saya nak mintak tolong cik, bla bla bla Damansara, bla bla bla,"

Aku senyum dan blah..
Pusing kat Wawa dan cakap "laki yang dekat Dang Wangi ari tu."

Aiyoo melampau betol dia..
Takkan la ari2 begduit tercicir..

Bara betol aku..
Wawa cakap, "awat ang tak sound ja dia?"

Hehe kalo ikot mulut aku ni, memang teruk jugak la aku nak tembak..
Mulut aku ni pon bukannya baik sangat..
Tapi aku takut dia ragut beg aku sebab aku bawak beg sandang je ari tu hahaha

Time tunggu bas, aku nampak la dia dok mundar-mandir lagi kat area tu..
Aduh, panas betul..

Rasa macam nak tampar diri sendiri sebab terlampau cepat kesian kat orang hahaha

Dan baru2 ni, aku makan kat area Kampung Baru, aku nampak dia lagi  =='


Tuesday, 18 March 2014

Pizza Rally (WC) @ RBNS

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Ok update pasal Weekenders Club (WC) lagi...
Rajin pulak aku sekarang ni..
Selalu je join diorang..

Sebab aku suka diorang punya environment..
Alhamdulillah iktilat terjaga..
Walaupon semuanya keja hebat2, tapi sikit pon tak sombong..

Dan walaupon setiap kali event, mesti ada je newbies yang datang..
Tapi aku tak penah lagi nampak atau rasa disisihkan..


Event tu ari sabtu ari tu..
Event kali ni kat Rumah Bakti Nur Syaheerah..
Kitorang wat pizza..
Mula2 tu, wat ala2 sukaneka sikit..
Sebagai tiket untuk adik2 tu dapatkan menu..

Ok aku malas nak menaip sebenarnya...
So tengok gambar je la hahaha











































p/s: event ni, ada sorang tu adik artis.. time nak balik, adik2 pakat kerumun dia sebab nak minta autograf la, amik gambar la..
hahaha tu baru jumpa adik, kalo jumpa tuan punya badan, tatau la...
tapi dia layan je hahaha...

kalo rajin, cari la hamba Allah tu dalam gambar hahaha

Suma gambar kredit to page WC

Sunday, 16 March 2014

RM10 dan Doa

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...


Alkisahnya, Jumaat 14 Mac, aku ada mesyuarat Perkim..
Dah jadi exco kan, busy la sikit...

Sebelum tu, boleh pulak meronda kat Popular, konon2 survey buku2 yang bakal aku capai untuk perabeh baucer buku aku neh..

Dekat2 pukol 1500 baru bertolak pi kampus..
Meeting tu lepas Asar..

So bila turun dekat Lrt Dang Wangi, aku ternampak la seorang hamba Allah ni, lelaki...

Termundar-mandir kat tengah2 laluan orang..
Macam tak tentu hala tuju ja..
Bila aku jalan depan dia, dia tegur aku..

"Assalamualaikum cik... Boleh tak saya nak minta tolong cik?"

Aku tanya dia kenapa..

"Saya punya beg duit tercicir, saya kena balik Damansara.. Boleh tak saya nak minta dalam rm7?"

Tengok muka dia memang kesian, melting aku...
Hahaha sambil tu pikir jugak, aku takde duit pecah..
Ada rm10 je..

Aku tanya kat mana beg duit dia tercicir..
Dia cakap dia pon tak sedar..
Dia sedar bila nak beli air, beg duit takde..

Mula2 takut jugak nak keluarkan beg duit, takut dia ragut terus beg duit aku...
Tapi aku tawakal je, sebab aku percaya, bila aku nak buat baik, InsyaAllah Allah akan tolong aku..
So aku pon buka beg aku..

Hamba Allah tu pun, bila nampak aku buka beg, dia pusing ke arah lain..

Konon hormat la, tamau jenguk isi dalam beg duit aku..

So aku sua rm10 kat dia..

Riak muka dia memang terkejut..

"Ehh, macam mana saya nak bayar balik dekat cik ni??"
Aku pikir, kalo aku bagi rm7, dia tau ke cemana nak bayar kat aku..
Aku cakap, takpe, ambik je..

Dia tanya lagi, "macam mana saya nak bayar balik ni?"
Aku cakap takpe, ambik je..

Dan dia pon cakap, "terima kasih cik.. Saya doakan cik sentiasa dimurahkan rezeki.."

Terharunya aku dengar doa dia..
Dengan rasa terharunya, aku ucapkan terima kasih..

Yela, doa dari orang yang kesusahan kan...

So aku pon berjalan ke kampus dengan hati yang tenang....
Titik...
=D


p/s: cerita ni ada sambungan...
nanti aku sambung...

Monday, 10 March 2014

Dakwah dan Tarbiyah (DnT)

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
"Assalamualaikum..
Semoga dalam rahmat Allah..
Alhamdulillah mesyuarat Majlis Tertinggi Kelab Perkim Miit yang 
pertama telah dijalankan pada tanggal 28 Feb yang lalu.. Sukacita
dimaklumkan bahawa nama anda, Nur Husni Izzati, telah dilantik
bagi mengisi jawatan Exco Dakwah dan Tarbiyah. Sila hadir pada
mesyuarat bulanan kelab esok bertempat di level 24 selepas solat
Asar..

S/U Kelab.."

Haaa nampak tak mesej tu???
Apa yang aku reply kat dia???

"*speechless.."

hahaha tu aku  balas kat dia..
actually ada lagi la kat bawah tu, tapi tak payahla nak cita lebih2 kan

Time dapat mesej tu, aku tengah ada group discussion..
Blur kejap...
Memang betol2 speechless..
Terus forward kat Zakiah...
Mula la dia, konon nya rasa diawangan, seronok punya pasal..

Dah rasa macam ada beban super duper besar punya gedebuk jatuh atas bahu..
Dalam hati ni, dok pikir sapa la yang dok lantik aku ni...

Memang dah tak sabar sangat nak tau macam mana aku boleh dilantik..

Dan, keesokkannya aku tak pi pon meeting sebab demam..


Tapi tak puas hati, nak tau jugak disebalik perlantikkan aku tu..
Aku mesej s/u dan tanya,,
Dia cakap diorang tengok berdasarkan borang latar belakang yang kitorang isi..

Time tu rasa macam nak tampar diri sendiri sebab letak pengalaman banyak sangat..
Aku cakap aku rasa macam tak layak sangat2, dan tak tau apa pon..
Dakwah n tarbiyah, berat jugak tu..
Nak tarbiyah diri sendiri pon susah, macam mana nak tarbiyah orang..

Dan dia cakap..
"kalau Allah dah takdirkan, tadak sapa dapat tolak.. mesti ada sebab kenapa Allah pilih.."

Everything happen for reason kan..
Aku yang selalu cakap benda tu dulu, aku pulak yang lupa..

But aku kagum dengan diorang, pilih orang berdasarkan borang tu sahaja..
Nak kata diorang ingat setiap orang, memang tak la, sebab baru sekali jumpa..

Tu tanda diorang yakin dengan pilihan diorang..
Memang pilih ikot kelayakan, bukan sebab kroni, rupa and etc

So bila orang dah percaya dekat kita, kita mestila buat yang terbaik kan..

InsyaAllah selagi mampu, aku akan usaha sehabis baik..


Sunday, 9 March 2014

Weekenders Club Turns 2! @ Masjid Putra

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Ramai orang komplen sebab dah lama aku abaikan blog neh..
Ampun2....
Tak sempat nak update..
Busy dengan esaimen.. (konon la)

Busy tengok anime sebenarnya =="

................................................................................................................

Ok, another Weekenders Club event...

Tapi kali ni, kind of sambut anniversary WC la..
Dah cukup dua tahun..
Kiranya hari ni dah mula melangkah ke tahun ketiga gitu huhu

Event ni buat dekat Putrajaya..
Start jam 8malam...

Bila diinvite mula2 tu, aku tengok dulu tempat dengan masa
Tempat jauh, waktu pulak malam...

Memang confirm la tak join kan
Pukul berapa nak balik, malam pulak tu..
Tapi dalam hati ni, memang membuak2 la keinginan tu..

Alhamdulillah Allah tolong..
Ada sorang akak ni ajak pegi dengan kawan dia..
Kak Asiah nama dia, kawan dia Kak Masyitah..

Siap mai amik aku kat umah lagi...
So kitorang pegi berempat..
Kak Masyitah selaku driver, Kak Suhaila n Kak Asiah
Sumanya pakat2 dah keja..

Diorang sangat osem, tak janggal duduk dalam keta walaupon masing2 baru 1st time jumpa

Kitorang solat Maghrib dekat Masjid Putra


Sangat cantik masjid tu..
1st time sampai situ kan..
Perak sikit la.. (perak tu dibaca dengan e pepet, bukan e taling)  Ada paham??
Erm perak tu jakun dalam bahasa utagha
Pehe dop??

Ok lepas solat, kitorang mencari bendera Johor..
Weekenders gather kat situ..
Kak Sue bising, kenapa bendera Johor?
Kenapa bukan Melaka? Terengganu? Kedah? 

Kesimpulannya sebab dekat situ je kosong dan dekat dengan masjid...


Waktu kitorang sampai tu, tak ramai lagi yang sampai..

Agenda malam tu...
-Sesi taaruf (benda wajib ni)
-Ucapan alu2an gitu dari Abg Hisham
-Makan
-Tukar2 hadiah

Acara tukar hadiah dia pelik sikit..
Mula2, kitorang tulis nama dan masukkan dalam kotak..
Then, semua orang cabut satu nama..
Lepastu, sorang2 sebut ciri2 nama yang kita dapat, orang lain akan teka..
Dan kita bagi hadiah kita dekat orang yang ciri2 disebut tu (ehhh paham tak cita aku?)

So, apa yang aku dapat?
Orang yang dapat nama aku tu budak UIA yang terpaksa balik awal.. 
So diorang kena start dulu, aku tengok adik ni bukak lipatan kertas tu macam complicated je..
So aku dah boleh agak tu nama aku..

Dia tak ingat pon yang mana satu aku..
Dan dia tak bawak hadiah..
So diorang suroh dia bagi ucapan tulus ikhlas tanpa kenal siapa Husni Izzati..
Aku pon tayang muka ketat tak bersalah sambil dengar ucapan dia...

InsyaAllah ucapan dia aku akan ingat selagi boleh...

"Saya doakan orang ni sentiasa murah rezeki, dipanjangkan umor, dan InsyaAllah jadi anak yang solehah..."

Nak menangis kau dengar hahaha..
Maybe sebab dengar dia cakap sendiri, keluar dari mulut dia, dan dia cakap tanpa kenal sapa aku..
Aku dapat rasa keikhlasan dia..

Dan lepas tu aku pon bangun pegi salam, peluk dia.. (drama sikit)
Time peluk tu aku cakap "terima kasih" dengan rasa terharunya sebab sudi doakan aku huhuhu...

Tak sempat pon nak taaruf dengan dia..
Dia kena balik awal..
InsyaAllah next event kita jumpa lagi ye dik..
















Takat tu je la kot..
Rasa macam dah panjang sangat dah entry kali ni..

Aku sampai umah dalam pukol 0030
Terima kasih kepada K.Masyitah sebab sudi tumpangkan, juga bagi diskaun duit minyak sebab eden student =D

p/s : terjumpa senior satu kampus
-K.Asiah senior lain course
-K.Syuhada senior satu kampus satu course.. Tau waktu taaruf =D
Masing2 dah keja...

InsyaAllah minggu depan lagi satu event, p dengan K.Asiah..
Kali ni aku nak angkut sorang kawan aku...



tgh dengar lagu2 mashup DJ Earworm