Kawan-kawan =D

Saturday, 11 October 2014

Projek Iqra' - Tabung Pendidikan Iqra'

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Ari ni aku nak cakap pasal projek baru dari Projek Iqra'..

Kepada yang tatau apa tu Projek Iqra', boleh check out dekat SINI dan SINI


Dan sekarang Projek Iqra' nak lancarkan satu projek baru

Tabung Pendidikan Iqra'






Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) ini merupakan satu program jangka panjang yang dilancarkan
oleh Projek Iqra’ untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan
asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Matlamat akhir program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil
kepada golongon sasar. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga
yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar
daripada kemelut kemiskinan.

Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari 
dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat 
yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini 
mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran 
mendapatkan wang samada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau 
memulakan perniagaan (start-up).

Tabung Pendidikan Iqra’ 2014 (TPI 2014) merupakan satu pelan pendidikan yang akan 
memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia 
sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.



Untuk maklumat lanjut atau kepada yang terbuka hatinya ingin membantu, boleh jenguk ke SINI

P/s : Kalo tak mampu nak menyumbang wang, sama2 la kita tembak doa banyak2 supaya projek ni dipermudahkan, InsyaAllah http://www.smileycodes.info



Sebar-sebarkan 
http://www.smileycodes.info

No comments:

Post a Comment