Kawan-kawan =D

Sunday, 9 March 2014

Weekenders Club Turns 2! @ Masjid Putra

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Ramai orang komplen sebab dah lama aku abaikan blog neh..
Ampun2....
Tak sempat nak update..
Busy dengan esaimen.. (konon la)

Busy tengok anime sebenarnya =="

................................................................................................................

Ok, another Weekenders Club event...

Tapi kali ni, kind of sambut anniversary WC la..
Dah cukup dua tahun..
Kiranya hari ni dah mula melangkah ke tahun ketiga gitu huhu

Event ni buat dekat Putrajaya..
Start jam 8malam...

Bila diinvite mula2 tu, aku tengok dulu tempat dengan masa
Tempat jauh, waktu pulak malam...

Memang confirm la tak join kan
Pukul berapa nak balik, malam pulak tu..
Tapi dalam hati ni, memang membuak2 la keinginan tu..

Alhamdulillah Allah tolong..
Ada sorang akak ni ajak pegi dengan kawan dia..
Kak Asiah nama dia, kawan dia Kak Masyitah..

Siap mai amik aku kat umah lagi...
So kitorang pegi berempat..
Kak Masyitah selaku driver, Kak Suhaila n Kak Asiah
Sumanya pakat2 dah keja..

Diorang sangat osem, tak janggal duduk dalam keta walaupon masing2 baru 1st time jumpa

Kitorang solat Maghrib dekat Masjid Putra


Sangat cantik masjid tu..
1st time sampai situ kan..
Perak sikit la.. (perak tu dibaca dengan e pepet, bukan e taling)  Ada paham??
Erm perak tu jakun dalam bahasa utagha
Pehe dop??

Ok lepas solat, kitorang mencari bendera Johor..
Weekenders gather kat situ..
Kak Sue bising, kenapa bendera Johor?
Kenapa bukan Melaka? Terengganu? Kedah? 

Kesimpulannya sebab dekat situ je kosong dan dekat dengan masjid...


Waktu kitorang sampai tu, tak ramai lagi yang sampai..

Agenda malam tu...
-Sesi taaruf (benda wajib ni)
-Ucapan alu2an gitu dari Abg Hisham
-Makan
-Tukar2 hadiah

Acara tukar hadiah dia pelik sikit..
Mula2, kitorang tulis nama dan masukkan dalam kotak..
Then, semua orang cabut satu nama..
Lepastu, sorang2 sebut ciri2 nama yang kita dapat, orang lain akan teka..
Dan kita bagi hadiah kita dekat orang yang ciri2 disebut tu (ehhh paham tak cita aku?)

So, apa yang aku dapat?
Orang yang dapat nama aku tu budak UIA yang terpaksa balik awal.. 
So diorang kena start dulu, aku tengok adik ni bukak lipatan kertas tu macam complicated je..
So aku dah boleh agak tu nama aku..

Dia tak ingat pon yang mana satu aku..
Dan dia tak bawak hadiah..
So diorang suroh dia bagi ucapan tulus ikhlas tanpa kenal siapa Husni Izzati..
Aku pon tayang muka ketat tak bersalah sambil dengar ucapan dia...

InsyaAllah ucapan dia aku akan ingat selagi boleh...

"Saya doakan orang ni sentiasa murah rezeki, dipanjangkan umor, dan InsyaAllah jadi anak yang solehah..."

Nak menangis kau dengar hahaha..
Maybe sebab dengar dia cakap sendiri, keluar dari mulut dia, dan dia cakap tanpa kenal sapa aku..
Aku dapat rasa keikhlasan dia..

Dan lepas tu aku pon bangun pegi salam, peluk dia.. (drama sikit)
Time peluk tu aku cakap "terima kasih" dengan rasa terharunya sebab sudi doakan aku huhuhu...

Tak sempat pon nak taaruf dengan dia..
Dia kena balik awal..
InsyaAllah next event kita jumpa lagi ye dik..
















Takat tu je la kot..
Rasa macam dah panjang sangat dah entry kali ni..

Aku sampai umah dalam pukol 0030
Terima kasih kepada K.Masyitah sebab sudi tumpangkan, juga bagi diskaun duit minyak sebab eden student =D

p/s : terjumpa senior satu kampus
-K.Asiah senior lain course
-K.Syuhada senior satu kampus satu course.. Tau waktu taaruf =D
Masing2 dah keja...

InsyaAllah minggu depan lagi satu event, p dengan K.Asiah..
Kali ni aku nak angkut sorang kawan aku...



tgh dengar lagu2 mashup DJ Earworm

2 comments:

  1. bestnya dia dapat pi masjid putra..aku baru jejak kaki dekat masjid besi..=_="

    ReplyDelete