Kawan-kawan =D

Sunday, 16 March 2014

RM10 dan Doa

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...


Alkisahnya, Jumaat 14 Mac, aku ada mesyuarat Perkim..
Dah jadi exco kan, busy la sikit...

Sebelum tu, boleh pulak meronda kat Popular, konon2 survey buku2 yang bakal aku capai untuk perabeh baucer buku aku neh..

Dekat2 pukol 1500 baru bertolak pi kampus..
Meeting tu lepas Asar..

So bila turun dekat Lrt Dang Wangi, aku ternampak la seorang hamba Allah ni, lelaki...

Termundar-mandir kat tengah2 laluan orang..
Macam tak tentu hala tuju ja..
Bila aku jalan depan dia, dia tegur aku..

"Assalamualaikum cik... Boleh tak saya nak minta tolong cik?"

Aku tanya dia kenapa..

"Saya punya beg duit tercicir, saya kena balik Damansara.. Boleh tak saya nak minta dalam rm7?"

Tengok muka dia memang kesian, melting aku...
Hahaha sambil tu pikir jugak, aku takde duit pecah..
Ada rm10 je..

Aku tanya kat mana beg duit dia tercicir..
Dia cakap dia pon tak sedar..
Dia sedar bila nak beli air, beg duit takde..

Mula2 takut jugak nak keluarkan beg duit, takut dia ragut terus beg duit aku...
Tapi aku tawakal je, sebab aku percaya, bila aku nak buat baik, InsyaAllah Allah akan tolong aku..
So aku pon buka beg aku..

Hamba Allah tu pun, bila nampak aku buka beg, dia pusing ke arah lain..

Konon hormat la, tamau jenguk isi dalam beg duit aku..

So aku sua rm10 kat dia..

Riak muka dia memang terkejut..

"Ehh, macam mana saya nak bayar balik dekat cik ni??"
Aku pikir, kalo aku bagi rm7, dia tau ke cemana nak bayar kat aku..
Aku cakap, takpe, ambik je..

Dia tanya lagi, "macam mana saya nak bayar balik ni?"
Aku cakap takpe, ambik je..

Dan dia pon cakap, "terima kasih cik.. Saya doakan cik sentiasa dimurahkan rezeki.."

Terharunya aku dengar doa dia..
Dengan rasa terharunya, aku ucapkan terima kasih..

Yela, doa dari orang yang kesusahan kan...

So aku pon berjalan ke kampus dengan hati yang tenang....
Titik...
=D


p/s: cerita ni ada sambungan...
nanti aku sambung...

5 comments:

  1. cepat2 sambung..janji anda saya pegang..hahahaha..:p

    ReplyDelete
  2. ok, benda sama jadi kat Patung beberapa hari lepas, sehari sebelum hari edohayra(sehari atau mungkin 2), tapi lain sikit ceritanya, base yang sama, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok always menunggu edohayra, heheh

      Delete