Kawan-kawan =D

Thursday, 25 December 2014

Imbau Kenangan #1

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Dulu aku penah keja sebagai kerani di sebuah kilang
Ada sorang kakak ni, dia pon kerani jugak
Dia selalu mintak aku downloadkan lagu2 baru dan bluetooth kan kat dia
Lagu2 cinta, Akim, HyperAct, dan macam2 la lagu yang aku pon tak penah dengaq

Dan satu ari, aku cakap kat dia
"Kak Ida, on bluetooth.. Nak bagi lagu.."
Dia pon dengan semangatnya terus on bluetooth..

Dah abeh bluetooth, aku pesan kat dia..
"Kak Ida, lagu ni, balik sampai umah, duduk dalam bilik, baru dengaq tau..
Jangan dengaq masa tengah bawak keta pulak.."
Dia pon iakan je..

Aku takut kalo dia bukak lagu2 yang aku bagi waktu bawak keta, kang terkejut, eksiden pulak..

Lagu apa aku bagi?














Hehe keesokan harinya, dalam ofis, aku kena maki dengan dia hahaha
"Hang ni la Izzati, nak mampuih sungguh ngan kak Ida.. Naseb baik aku tadak sakit jantung, bla bla bla".. dia bebel..



Sunday, 21 December 2014

Pencerahan

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Saja ja nak buat pencerahan sikit sebelum ada berita2 pelik lagi yang keluar..



Nampak tak dalam gambar tu tulis apa?
Beli Biar Mereka Cemburu dari penulis aka A.Darwisy aka Anuar Darwisy aka Nua akan dapat novel+autograf, shawl, buku nota dan button badge..
Sebab tu aku suka beli direct dari Nua, sebab dapat free gift macam2


Haaa nampak tu, ada novel+autograf, shawl kat bawah novel tu, buku nota, button badge
Semua benda ni dapat sebagai tanda penghargaan sebab beli novel dia
Tadak istilah saja2 nak bagi, saja2 dapat tanpa sebab



Nampak yang atas tu?
Nua cari review novel dia..
Review terbaik dapat barang D'Herbs
Saguhati dapat shawl Palestin yang Neelofa pakai tu..


Ni aku punya review
Aku cakap apa yang betol, apa yang aku rasa, tadak bodek2, kutuk2 sikit 


Ni pengumuman pemenang
Nampak nama aku?




Dalam envelope tu ada shawl yang Neelofa pakai tu
So aku dapat benda tu lepas aku buat review novel Nua
Bukannya dia saja2 bagi

Kenapa aku beli novel Nua?
Sebab tu tanda sokongan kepada kawan2 FB aku
Sebab tu la aku beli Saya Tunggu Awak (Bonda Nor)
Sebab tu la aku beli Papa Nak Menantu (Hasrudi Jawawi)
Sebab tu la aku beli ILUS dan MYPI (Melur Jelita)

Kebanyakannya aku kenal di FB dan selepas tu baru aku beli karya diorang





Nampak Tshirt hitam yang ramai2 pakai tu?
Tulisan kaler pink tu tulis Karanime
Yang ni waktu Bazar Industri Kreatif kat Central Market
Kelab Peminat Karanime Malaysia dapat bajet, so presiden kelab buat Tshirt
Sapa yang join, dapat tshirt ni..

Aku ada tiga Tshirt ni ; dua kaler putih, satu kaler hitam
Yang putih tu, mula2 aku beli time tshirt ni mula2 release
Yang kedua, aku beli lagi satu sebab adik aku pon nak
Yang hitam tu aku dapat sebab aku join Bazar Industri Kreatif kat atas tu

So tadak yang aku saja2 dapat, tadak sapa nak bagi saja2 kat aku


Benda ni dah lama dipersoalkan tapi sengaja aku lambat update pasal ni
Kalo aku update on the spot, blog aku penuh dengan makian pulak
So tunggu reda dan perasaan aku neutral

Sekian






Monday, 15 December 2014

LIBSTER AWARD

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Aku ditag lagi sekali..
Terima kasih sebab pilih edohayra XD


Ok
Soalan2 nya



1. Antara Sahabat & Cinta siapa lebih Utama?
  • cinta hahaha... cinta tu universal kot.. luas.. cinta kepada family, cinta kepada binatang, cinta kepada sahabat... haaaa semua ada.. 

2. Ciri - ciri suami idaman?

  • aku bagi jawapan klise ek
  • boleh jadi imam
  • tak merokok
  • boleh masak
  • suka seni
  • bla bla bla


3. Candle light dinner bersama Hafiz Awan Nano atau Lee Kwang Soo, jika diberi pilihan?

  • candle light dinner? memang tak la.. tapi kalau bagi pilihan jugak, errrr sapa2 je la yang nak belanja aku

4. Perempuan atau Lelaki yang lebih melecehkan?

  • sama ja dua2.. cara je berbeza

5.  Filem Melayu, Hollywood atau Bollywood lebih awesome?

  • melayu best
  • hollywood best
  • bollywood double best


6. Jika terjumpa RM10,000 dihadapan pintu rumah, apakah yang awak akan lakukan?

  • bagitau mak aku "ma, ada duit depan umah kita"
  • bagitau bapak aku "ayah, ada duit jatuh dari langit"
  • then, baru pikir apa nak buat

7. Ceritakan tentang rumah Idaman awak?

  • rumah aku ada laman yang sangat luas
  • rumah aku ada library

8. Jika saya seorang Perdana Menteri...?

  • sistem pentadbiran Islam dijalankan.. tu yang konfem

9. Saya tidak sabar untuk...?

  • aku tak sabar nak makan buat masa ni.. sebab aku sangat lapar

10. Sasaran hidup 10 tahun akan datang?

  • ada banyak plan sebenarnya.. tapi aku rasa macam tamau dedahkan lagi haha

11. Teringin hidup berjiran dengan....?

  • Siti Zakiah Abd Rasid aka imantizz_truper.. i'll make sure dia akan jadi jiran aku




Sunday, 14 December 2014

#OhhSome Fest @ Avenue K Mall

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ


Assalamualaikum..

Seperti yang tertera di atas..

Tadi lepas kelas aku pi jenguk sat..
Bukan sat, lama jugak la aku kat situ..

#OhhSome Fest ni singkatan kepada Ohh Social Media Festival
Dah namanya social media kan, most of them are youtubers..

Kalo on stage, ada Elizabeth Tan, iAmNeeta, Narmi, Jinnyboy dan ramai lagi la

Ada macam2 kat sini
Performance, talks, bazaar

Maklumat lanjut, boleh tengok kat SINI

Tadi aku tak jenguk pun performance, talks semua tu
Aku pusing2 kat booth ja

Most of them jual hasil karya sendiri
Doodle, tshirt, poskad, rantai


kalo mata korang power, cari Ernest Ng  
hehe







Yang kat bawah ni, pameran Art by Children, for Children by Nippon Paint
Pameran ni sebelah OhhSome Fest je




Kanak2 yang terlibat adalah dari Rumah Juara, Rumah Kasih Harmoni, dan Gurpuri Foundation.










Kat situ, korang akan dapat dua keping kad bentuk love macam kat atas tu
Then pilih dua art yang korang suka dan komen =D
Oleh sebab kad tu quite besar, dan tulisan aku kecik
Macam2 aku boleh melalut kat atas tu, saja nak penuhkan kad
Art yang aku komen tu, satu dilukis oleh adik umur 17tahun
Lagi satu adik umur 10tahun

Actually semua cantik, tatau nak pilih yang mana


Dan ni barang2 yang ikot aku balik

 Tote bag yang dapat free lepas like fanpage diorang
"Tour Directions"

Merchandise from #kendylife
Ada zine sulung karya Kendy, ada poster dan poskad

Kendy ni sumpah peramah
Dan time aku tengah beli ni, dia tengah diinterview by someone
yang tengah mencari artis untuk syarikat beliau




Button badge satu
Doodle heart tu percuma
Dan dairy milk hadiah lucky draw


Dan planner karya Cherane Christopher


Menapak pulang sambil marah kat diri sendiri sebab banyak barang yang ikot aku balik
*sigh

Aku tak plan nak beli apa2 pun
Plan nak pusing2 tengok2 ja lol
Naseb baik bawak duit kurang, kalo bawak lebih, maka lebihlah barang2 yang mengekor aku balik


Thursday, 4 December 2014

Low Yat

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum

Saja ja nak cita aku pi LowYat tadi
Nak tanya pasal laptop aku
Tetiba ja nak bermanja
Time keja banyak nak mampus ni la dia pon nak manja2 bagai

Then aku plan nak beli earfon dan siap dah decide nak beli kat kedai mana
Sanggup kot turun ke tingkat bawah sekali semata nak beli kat situ
Sebab kedai tu besar kot, so banyak pilihan

Bila dah masuk kedai tu, paham2 je la
Ada la akak yang concern tanya "ye dik, nak cari apa?"
Aku just jawab "takpe2, nak pusing2 tengok dulu" sambil senyum ( sje nk bgtau time tu aku snyum kt dia :) )

So aku pon pusing dan belek segala benda yang terjual kat dalam tu
Tapi yang betulnya aku cari earfon tak jumpa, saje je malas nak tanya akak tu

Dan aku dengar akak tu cakap "haaaa pusing la sampai ke belakang kedai tu haaa"

'lol mak jemah sgt sinisnya'

Aku buat bodoh je, anggap je aku pekak

Siap sambung belek barang lagi
Dan terdengar lagi dia cakap kat kawan dia "dia ingat boleh jumpa barang mekap kot kat belakang tu"

'Double lol'

Dan aku terjumpa earfon yang mahal nak mampus
Terus aku keluar

Tak penah lagi aku jumpa manusia macam tu
Sopan sikit bahasa tu tak boleh ke?

Ke memang aku yang salah?

p/s : aku pon tatau apa motif aku cita pasal ni

Tuesday, 4 November 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...



Teruja pulak tengok iklan Karnival Upin & Ipin 2014 ni

Tipu sangat la kalo ada orang cakap yang dia tak kenal pasangan kembar botak ni..
Sepupu aku yang umor 3tahun pon dah memang minat sangat dengan diorang ni..
Petang2 je tercangak depan tv tu haa nak tengok Upin & Ipin..

Dan bila tau je dalam henfon aku ada video Upin & Ipin, memang dia buat henfon tu dia punya la..
Main aci ligan pulak semata2 nak dapatkan henfon tu balik..

Dan sekarang Upin & Ipin ada menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2014
Maklumat selanjutnya seperti di bawah


Karnival Upin & Ipin 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA


Yang paling penting, masuk percuma kau
Dah la macam-macam aktiviti boleh buat dalam tu
Ada games, boleh bergambar ber'selfie' dengan maskot dan dubbers (seiyuu dalam bahasa Jepun) diorang

Jemput la join ramai2
Rugi kot kalo tak join


Monday, 3 November 2014

Hari Yang Disrupted

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Aku tatau nak describe ari ni sebagai ari apa.

Aku plan nak keluar rumah awal ari ni, sebab aku nak ke pejabat pos, aku nak jumpa orang sebelum kelas aku start jam 1230.,
but aku boleh berjimba depan laptop pagi tadi dan aku keluar rumah jam 1100..
Secara rasminya plan aku terganggu..

Sampai kampus jam 1130++ dan tunggu hamba Allah yang aku nak jumpa tu tapi tak kunjung tiba sampai ke sudah, lagi satu plan aku terganggu..

1230++ kelas start, aku tak paham satu apa pon yang lecturer tu merapu, laju giler dia cakap
Dalam masa less than setengah jam, selesai 30slides dia ajar..
Disebabkan tak paham, aku download manga FairyTail the latest episode..

1300 kelas abeh, tunggu lagi hamba Allah tu dengan sabarnya
Dan dia muncul, bagi barang kat dia dan selesai...
Tunggu punya la lama, jumpa tak sampai dua minit pon

Dan aku menapak ke pejabat pos sambil merangka jadual baru
"lepas pejabat pos, boleh singgah solat dan makan kat mana2 sebelum patah balik ke kampus untuk kelas jam 1630"

Masuk pejabat pos, manusia ramai nak mampus
Dah selesai segala urusan, fon aku bunyi
Individu  ni kol
"Kelas batal"
Dan aku " owh bagusla"
Walhal dalam hati 'damn' sebab plan aku terganggu lagi

5minit aku bertapa kat dalam pejabat pos tu sebab aku blur tatau nak buat apa..
Dan aku end up, amik lrt p Masjid Jamek
Dan amat malangla RapidKl ni sebab kena maki bertalu2 gara2 tren menghala ke Sentul Timur dah 4bijik sampai dan tren nak ke Ampang tak nampak batang hidung

Tunggu bas pulak 1 jam ++
-Aku jumpa makcik Arab ni tanya aku kat mana Masjid India dan English aku tersekat kat tekak dan aku end up with bahasa isyarat
-Aku usha sorang budak india yang tunggu bas jugak i guess dan aku perasan dia punya stokin tulis "C.B.N".. I'm like "seriously Convent Bukit Nanas ada stokin sendiri?"
-Aku jumpa makcik yang tunggu bas sampai tertidur dan bila aku kejut dia bagitau bas dah sampai, dia duduk ja dan tenung aku naik bas.. aku anggap dia tengah mamai

Dan sekarang aku didepan laptop, melalut benda yang pelik2 kat sini sambil dalam kepala pikir pasal esok ada dua test dan aku tak study lagi dan aku addicted to the stupid Kim Kardashian game kat facebook..


Monday, 27 October 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul 
Cash : RM 360 
Topup : RM 195 
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | Mahadi Mohamed Arifin | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Muaz Faris | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Sunday, 19 October 2014

Lirik #12 --> Hitman Reborn's Seiyuu - Yakusako no Basho e

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Aku dah gian dengar lagu ni..
Baru je jumpa last couple days


kono sora wa doko he hirogatte iru no 
kono michi wa doko he tsuzuitte iru no
kinou yori asu ga tooku ni miete mo 
yakusoku no basho he kimi ga matte iru

hitori de wa nani mo deki nai 
boku dakedo kimi wo mamoritai kara
"tsuyoku naru" sonna omoi ga
yuuki ataete kureru

hitori de wa nani mo deki nai 
bokura demo minna wo mamoru tame
"tsuyoku naru" sonna omoi ga 
chikara wo hakonde kuru

sabishikute namida koubosu hi mo atta 
kuyashikute namida tomaranakatta
kagami ni utsutta ano hi no jibun ni 
yakusoku no basho he mune wo hareru you ni

ippo zutsu mae ni susumou
sono tabi ni shiren ga matta ite mo
fuki mukeba sasae te kureru 
nakama ga genki kureru

ippo zutsu mae ni susumou 
nando demo tachimukatte ikeru
itsu datte me ni wa mienai 
ai ni mamorare te iru

kokoro kara, arigatou wo ieru
sonna hi ga kuru shinjite yukou
kono mune ni yume ga aru kagiri
bokura no tabi wa tsuzuku yo

oozora ni te wo kazaseba hora
hanarete ite mo te to te tsunageru
mamoritai egao mabushi sa ni
kagayaku kimi wa sou FAMIRII

kono kaze wa doko he tsutawatte iku no 
kono hoshi wa doko he megutte yuku no
donna ashita demo tashikame ni yukou 
ima no boku ni datte kitto imi ga aru

anogoro no mishiranu basho ni
tadoritsuki kimi to warai atteru
bukiyou ni kowashite yume mo
kokoro ni hana wo sakasu

kiri ga kakatte
kumo ga araware
fukitsukeru ame
okotta kaminari
arashi no ato no
hare ma ni itsumo
subete wo susumu oozora

kokoro kara, arigatou wo ieru
sonna hi ga kuru shinjite yukou
kono mune ni yume ga aru kagiri
jiyuu no tsubasa hirogete

oozora ni te wo kazaseba hora
hanarete ite mo te to te tsunageru
mamoritai egao mabushi sa ni
ikiru bokura wa (ichi, ni, san)

sou FAMIRII...~
FAMIRII...~

Sumber lirik - reborn.wikia.com



Friday, 17 October 2014

Quizilla #6 --> How Forgiving Are You?

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Oleh sebab kawan2 aku pakat dok cakap pasal personality quiz ni, so aku pon tergerak hati nak buat..

So
Tahap mana pemaaf aku?





YOU'RE FORGIVING -- WITHIN REASON.

If someone wrongs you, you'll forgive them, but if it's a BIG wrong, they may have to work for that forgiveness. Sometimes a quick "I'm sorry." isn't enough to smooth things over, and you won't pretend to forgive someone if you're not feeling it. You'll let them know, "I need some time." You're honest and open about your forgiveness, and you rarely hold a grudge. You'd rather let go of a stressful experience than keep re-living it in your head over and over. You've got more important things to focus on!


Actually aku bukannya cepat maafkan orang, tapi aku tak suka semakkan kepala aku dengan benda2 kecik dan tak penting
So kalo buat salah sikit2 tu, tak payah risau la

Pagi ang buat salah kat aku, aku marah ang gila2
Petang tu aku dah boleh bergelak ketawa riang ria dengan ang..
Sebab malas nak layan perasaan marah tu.
Banyak lagi kot benda lain nak pikir..

Kadang2, bila rasa marah, aku akan tanya balik diri aku
"Kenapa ang marah dia?"
Dan bila pikir2 balik
"Sebab tu ja nak marah? Benda kecik je pun."

Kadang2 bila tanya balik, aku pon lupa kenapa aku marah, kenapa aku tak puas hati dengan someone tu
Dan satu2nya hamba Allah yang dengan lajunya dapat detect bila aku marah. adik aku ja
Ntah ilmu apa dia pakai


Wednesday, 15 October 2014

Kawan

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Aku ada kawan
Aku ada kawan yang setiap kali jumpa, dia akan tanya "dah solat?"
Aku ada kawan yang setiap kali jumpa, dia akan tanya "dah makan?"
Aku ada kawan yang keep on cakap kat aku"belajar rajin2"
Aku ada kawan yang selalu cakap "jaga diri, jaga iman"

Aku ada kawan yang 24/7 ada untuk aku
Aku ada kawan yang selalu dengar setiap angan2 aku
Aku ada kawan yang jadikan aku orang pertama yang dengar cerita2 dia
Aku ada kawan yang akan ada dengan aku bila aku ada masalah

Aku ada kawan yang boleh detect waktu aku ada masalah
Aku ada kawan yang jadikan aku orang pertama dengar segala masalah dia
Aku ada kawan yang boleh aku anggap sebagai kakak2 aku
Aku ada kawan yang boleh aku ajak teman aku join mana2 event
Aku ada kawan yang selalu tanya "wei, ang bila nak kawen?"
( yang ni annoying)


Kesimpulannya, aku sayang kawan2 aku ^,^
http://www.smileycodes.info

Saturday, 11 October 2014

Projek Iqra' - Tabung Pendidikan Iqra'

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum...

Ari ni aku nak cakap pasal projek baru dari Projek Iqra'..

Kepada yang tatau apa tu Projek Iqra', boleh check out dekat SINI dan SINI


Dan sekarang Projek Iqra' nak lancarkan satu projek baru

Tabung Pendidikan Iqra'






Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) ini merupakan satu program jangka panjang yang dilancarkan
oleh Projek Iqra’ untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan
asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Matlamat akhir program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil
kepada golongon sasar. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga
yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar
daripada kemelut kemiskinan.

Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari 
dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat 
yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini 
mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran 
mendapatkan wang samada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau 
memulakan perniagaan (start-up).

Tabung Pendidikan Iqra’ 2014 (TPI 2014) merupakan satu pelan pendidikan yang akan 
memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia 
sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.



Untuk maklumat lanjut atau kepada yang terbuka hatinya ingin membantu, boleh jenguk ke SINI

P/s : Kalo tak mampu nak menyumbang wang, sama2 la kita tembak doa banyak2 supaya projek ni dipermudahkan, InsyaAllah http://www.smileycodes.info



Sebar-sebarkan 
http://www.smileycodes.info