Kawan-kawan =D

Sunday, 15 December 2013

Feed the Homeless (WC) @ Pasar Seni

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Ari ni aku just nak cita sikit pasal program Weekenders Club yang aku join Jumaat ari tu..

Program ni actually dianjurkan oleh pelajar UM..
Kitorang kenders ni lebih kurang macam membantu je..

Objektif utama program ni ; distribute makanan untuk individu2 homeless

Oleh sebab aku tadak keja petang tu, aku join la..

Kalau ikot info dekat fb, kitorang kena berkumpul kat Pasar Seni pukul 3..
Aku sampai kat kolej pukul 1 lebih, sebab pagi aku ada kelas..
Sampai je dalam bilik, aku pikir "nak pi, tamau pi, nak pi, tamau pi.."
At last, "ok, aku pi.."


Lepas siap2 ala kadar, tengok jam 1430..
Hah apa nak kata? Sempat ke tak sampai sebelum 1500?

Rushing jugak la, berjalan pon dah tak macam berjalan..
Dah ala2 berlari dah aku..
Takut sampai lambat, orang dah start, segan la pulak..

Dan, aku sampai kat lrt Pasar Seni jam 1455..

Bila aku sampai, kosong..
Sepatutnya berkumpul kat pintu masuk, tapi aku tak nampak sapa2 yang bercirikan Weekenders pon..

"Ehh, aku salah tarikh ke?"
Check balik Fb, betol je tarikh..
Mesej sorang abg Weekenders ni, dia cakap " tunggu kat pintu masuk jam 1530"

Hah penat aku berlari huhu

So aku pon tunggu je la kat pintu masuk tu..
Then, nampak budak2 UM sampai..

Yang ni time diorang baru sampai..
Aku dok kat ceruk tepi jela sebab tak kenai sapa2..


Tak lama lepas tu, baru la ahli Weekenders sampai..
Ramai yang baru 1st time join..
And most of them, pelajar UM jugak..
Tapi tak ramai sangat la Weekenders sebab Jumaat bukan weekend kan
So pakat ada keja la..

Time ni kitorang berkumpul nak bahagikan kepada 3kumpulan
Hujan sangat2 lebat

Ada adik sorang ni cakap (bukan adik sangat la, umo 20), "akak macam mana neh? hujan lebat.."
Aku cakap' "tak pe, kita nak buat baik, InsyaAllah, Allah tolong"
Kitorang pegi 3tempat, area Pasar Seni, Masjid Jamek, Pudu

Aku punya group dapat area Masjid Jamek
Kitorang berjalan dalam hujan..
Payung pon utamakan untuk payung makanan..
Kalau makanan basah, tak ke kesian dekat orang yang bakal dapat makanan tu..

Kitorang berenti solat jap dekat masjid kat situ, aku tatau apa nama masjid tu =='

Lepas solat, aku keluar dari masjid tu, Subhanallah, hujan berenti :)
Kuasa Allah kan, tadak sapa boleh lawan..

Dan kitorang start distribute makanan..


Aku amik gambar dari belakang je la, sebab aku berjalan kat belakang huhu..

Lebih kurang sejam lepas tu, kitorang selesai agihkan makanan..

Berkumpul balik kat Pasar Seni, dalam pukol 1800, aku balik..
Time balik, aku balik sekali dengan ahli Weekenders yang study kat UM tu..
Sebab satu hala je..

Diorang cakap, "beraninya datang sorang2"
Aku redah je sebab aku tak kenal sapa2..

Yang best, dapat pengalaman baru, dapat kawan baru =D

Actually, ari ni ada lagi 1event Weekenders Club dekat Batu Caves, tapi aku tak leh join sebab tadak geng =,='
Nak redah pi sorang2, cuak la pulak.. Macam jauh je huhu


p/s: aku lupa pulak Sunathon ari tu tak cita lagi.. Kak Zakiah dah banyak kali pesan suruh update..



Saturday, 7 December 2013

Jumaat Again

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ

Assalamualaikum...

It's about Jumaat again..
Skarang ni entri aku sumanya pasal ari Jumaat

Okeyhh, tapi Jumaat kali ni lain sikit
Sebab aku ada geng nak berjalan...

Dan orang tu,,

Siti Zakiah la
Sapa lagi kan
 
Ajak Wani, Wani ada kelas plak..
Alaaa..

Dia mai KL straight away from Unisel hehe
Ksian dia, keluar awai2
Dia dah keluar pon, aku boleh duk berguling2 atas katil lagi

Dia sampai sini dalam 10 lebih..
Aku tunggu ja dia dekat KL Sentral

Kitorang nak tengok wayang je pown..
Nak menuju ke kedai buku yang aku cita tu, memang tak la..
Masing2 tadak bajet..

So kitorang just ke Times Square
Pi cari GSC, dan decide, buat MOVIE MARATHON
Hahaha plan nak buat dekat Kedah dulu tak tercapai

Hajat tercapai kat KL rupanya

Kitorang tengok

 
 Yang ni pukol 12, Zakiah yang bayar sebab dia nak tengok huhu..

Bagi aku, not bad la..
Cerita pasal dua orang yang bersungguh2 nak berubah dan nak sangat jumpa UAI
Banyak sangat dugaan diorang time nak pegi ceramah UAI
Dan ada jugak selit cerita pasal perjalanan jemaah tabligh..

Aku tengok cita ni sebab aku minat Pierre Andre =,='

Habis dalam pukol 2, pi cari surau..
Lepas tu jalan2 sat, jumpa keychain neh hahaha

Kak Zakiah la tunjuk
She knows me so well, i guess





Dan pukol 3, kitorang tengok


Haa ni la tujuan utama aku keluar semalam
Yang ni aku la pulak yang bayar, sebab aku yang beria excited sangat nak tengok =D

Okeyh, cita neh sumpah best
Sapa yang tak tengok lagi, p tengok sekarang jugak..
Seriusly, memang sangat best..
Lagu pon best..
Boleh buat aku sengih sepanjang tengok cita neh
Keluar panggung pon boleh sengih lagi, kira memang best la

Sayangnya, kitorang tengok 2D
Sambil tengok, aku dok bayang keadaan kalo tengok 3D
Sebab animation dia cantik

Kalo nak tengok 3D, memang mimpi la
Sebab lewat sangat..





Abeh cita tu dalam pukol 5, berebut naik monorel ke KL Sentral yang paling tak leh blah
Sangat2 padat
Zakiah tanya, "macam mana la ang hidup macam neh?"
Hehe aku sengih je

Kitorang cari makan kat KL Sentral
Rasa Ayamas




Pukol 7, kitorang berangkat pulang..
Sekian, terima kasih..


Thursday, 5 December 2013

Jumaat yg Awsome?

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ



Assalamualaikum..

Haa lama gila aku tak update kan..
Kalo blog ni boleh barcakap, rasanya blog ni pon dah merajuk dengan aku..
Tapi apa kan daya, aku sangat2 busy..

Ari tu dah plan nak update, sampai je kolej, terus bukak..
Tapi tak terupdate jugak sebab blogspot dengki kat aku =_='

Abeh musnah harapan aku, punya la semangat aku nak cita pengalaman aku jadi backpacker amatur haha

......................................................................

dah 3 bulan aku kat KL ni..

kalo nak senarai perbezaan tempat duduk kat KL dengan rumah kat kedah, memang sangat banyak la kan

Yang paling ketara sekali, kalo kat umah, hidup aku dikelilingi pokok

Tapi bila mai sini........

Seriusly, 1st time mai sini, aku tak boleh duduk hahaha

So apa yang aku wat??


Jumaat lepas, keluar pukol 7pagi ke Taman KLCC
Punya la semangat hanya semata2 nak tengok pokok












Plus minus tiga jam kat situ, cuci mata tengok pokok, tengok orang joging..
Aku balik sebab kena singgah kampus, setelkan sedikit masalah dan......
Start pikir, apa lagi aku nak wat ekk??

So aku pon ala2 berjalan tadak tujuan..
Masuk je semua shopping mall yang ada kat area tu..

Keep jalan and jalan, dah macam backpacker tadak tujuan
Jalan kat tempat yang aku tak penah pegi
Teringat time NI


Dan aku terjumpa satu bookstore
Agak besar tapi macam kosong tadak orang
Dalam hati, "Uni, nak masok ke tak?"
Kalo masok kedai buku, memang wajib grab jugak something
Tapi duit ada RM30 ja
Lama aku tenung kedai tu,,, dan aku masok....

Memang tadak orang, kosong je.. Hehe sebab ari Jumaat kan, orang keja..
Aku sorang ja berjimba tadak tujuan sebab kelas kensel..

Yang aku perasan, di bahagian depan banyak novel2 baru..
Yang penulis dia belum naik lagi..

Dalam hati, "Owh, novel tak banyak sangat.. Banyak novel baru2 ja.. Dah la penulis suma aku tak kenai.."
Dan aku masuk ke dalam lagi.. Kedai tu sangat besar, sebelah kanan ada novel, komik..
Sebelah kiri ada buku agama ngan buku sekolah rendah..
Bawah pon ada lagi..

And of coz la aku ke sebelah kanan
Dan sepanjang rak yangg ada kat situ, penuh dengan novel
Seriusly tak tipu
Siap dengan label diskaun20%
Aku tanya auntie tu, "Novel dekat rak ni diskaun 20% ke?"
Dan dia jawab,"bukan dekat rak tu je.. suma novel ada diskaun.."

Hah apa lagi kau nak cakap?
Terdiam aku.. Haha terkejut giler seyh..

Yang paling best, suma novel yang aku nak, aku cari kat Kino, tapi suma tadak..
Tapi kat kedai ni, semua yang aku cari ADA..
Mazni Aznita ada, Rnysa ada, Bonda Nor ada, Melur Jelita punya pon ada

Aku dah rasa macam nak wat lompat bintang kat tengah kedai tu..
Bagitau kat Zakiah, dia tengah test time tu..
Aku rasa kalo dia kat bilik, dia pon dah wat lompat bintang kat dalam bilik..
Hehe punyala excited..

Haha yang lagi excited, aku jumpa FB friend aku punya komik..
Yazid Roslan punya komik.. Evolusi kalo tak silap..
Hehe bangga kot.. Macam nak bagitau kat satu kedai, "eh, ni kwn aku punya komik.."

Balik terus online, bagitau Yazid Roslan..



Ikotkan ati, aku tamau keluar dari kedai tu.. Rasa macam nak menjelajah seluruh kedai tu..
Dah terlintas dalam hati, "nanti aku nak tanya auntie ni, nak pakai part timer tak haha"
Dan dah interview, buka ari apa, pukol berapa

Oleh sebab aku dalam mode berjimat, aku tak beli la novel..
Sebelum balik, aku grab jugak dua ni
Aku beli Kreko bukannya sebab aku baca; tapi sebab dapat kalendar 2014 je






Huh sanggup kan..
Dan buku dari Mekah tu sebab mak aku penah suruh aku beli, tapi tak terjumpa



Dan aku jumpa kat kedai ni
Sebab tu aku cakap, kedai ni sangat awsome..

Time berjalan balik, pikir lagi, "nak p Pasar Seni dak?"
Sebab agenda utama aku ari tu; p Taman KLCC, singgah kampus, balik singgah Pasar Seni..

Kalo nak tau kenapa aku nak sangat p Pasar Seni, bacala novel ni haha



Dan aku terus balik, tak pi pon Pasar Seni

Memang letih sangat2 la kan..
Berjalan je keja..
Bila orang tanya, pi mana?
Aku jawab pi joging..

Haha joging dari pukoi 7 sampai pukoi 1 tengahari
Memang nampak gak weird sebab tengahari rembang pon berjalan dengan sportwear lagi
Tapi takpa, Zakiah kata, "baru hensem haha"
Hensem la sangat =_='
Kak Zakiah tanya yang biru tu apa?
Hehe apa lagi, tali handsfree la.. Macam la dia tatau yang adik dia ni tak boleh duduk kalo tadak handsfree =,='

Dan aku balik dengan semangat nak update blog, nak promote kedai tu la haha
Tapi blogspot dengki kat aku..
Harap maklum..

 Iklan bercambah.. Tak boleh nak update blog..

Aku siap tanya AbgFeroz, cemana nak wat..
AbgFeroz cakap maybe blogspot buat hal..
Suruh aku cuba di lain hari =D