Kawan-kawan =D

Sunday, 29 September 2013

Positif di Sebalik Masalah

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum.. 

Hari ni aku rasa macam nak share artikel yang aku pernah hantar kat Gen-Q dulu. Dah lama dah benda ni.. Tapi hari ni baru tergerak hati nak share.. 
Jangan tanya kenapa hari ni sebab aku pun tak tau..






POSITIF DI SEBALIK MASALAH

Manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. Masalah yang menimpa berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

Namun, perkara yang ingin ditekankan ialah cara menangani masalah tersebut. Banyak kes yang berlaku kini, ramai yang mengambil jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan cara membunuh diri. Tiada syurga buat hamba Allah yang membunuh diri. Ada juga yang terlibat dengan masalah sosial terutamanya golongan remaja.

Apabila kita memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan misalnya, tidak melayakkan kita mendapat tawaran dari mana-mana universiti. Hal ini menimbulkan rasa sedih, tambahan pula jika sudah berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang diperoleh tidak memadai. Sedarlah bahawa ketika itu Allah sedang menguji dan ujian tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mampu kita tangani.

Mari kita berfikir secara positif. Kita tidak memperoleh keputusan yang baik kerana itu mungkin akan menimbulkan perasaan riak. Ya, mungkin kita tidak tahu apa yang terbaik untuk masa hadapan kita. Maka, serahkan sahaja urusan menentukan kehidupan tersebut kepada Allah.

Seperti yang diceritakan dalam surah al-Kahfi, ayat 66 hingga 82 iaitu kisah pengembaraan Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir. Dalam pengembaraan tersebut, mereka telah membuat perjanjian supaya Nabi Musa tidak boleh mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir. Ada satu ketika, Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil. Pada akhir pengembaraan, sebelum mereka berpisah, Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa: “Anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapa dan Tuhannya.”

Kita harus sedar bahawa semua orang mempunyai masalah. Mengapa begitu ketetapan Allah? Kerana Allah sayangkan kita, Allah tidak pernah lupakan kita, supaya kita menjadi lebih sabar dan supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.

Ada satu kata-kata yang berbunyi: “Whatever happen, there might be a reason after that.” Insya-Allah kita akan menjadi seseorang yang lebih sabar jika kita berfikir secara positif.






Wednesday, 25 September 2013

#11 UNIC - Insan Bernama Kekasih

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Memandangkan ari ni dari hostel ke kampus, dari kampus ke hostel,
aku dok ulang dengaq lagu ni ja, so aku nak share lirik lagu neh..

Mula2 ingat nak ikot stail AbgFeroz,
dengaq, ulang 10kali, tulis lengkap lirik satu lagu
Hehe tapi aku tak mampu

Dah berpuluh kali ulang pon tak boleh nak tangkap jugak lirik dia
So aku guna khidmat pakcik Google la

Unic - Insan Bernama Kekasih

Debar hatiku membisik rindu 
Ingin aku katakan kau gadis idaman 
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan 
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya 
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan 
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan 
Selagi kasih yang terbina 
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampakan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya 
Insan bernama Kekasih


Sumber

Sunday, 22 September 2013

Quizilla #5 --> Which are you most The Sun, or the Moon?

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

It's Quizilla again..

Which are you most The Sun, or the Moon?


I guess the answer would be the moon..


And the answer is


The moon

Dia cakap kat situ


You're the moon. You have a dark, mysterious side to you. Of course you aren't negative, but as it is the moon was always a bright mysteroious ball of of light. A cold feeling to it .Lonleyness, But the moon is also a graceful, beautiful thing.

Yeah plus minus betolla tu.. Memang setiap kuiz yang aku amik pon, result dia akan ada word mysterious, dark etc hahaha


http://www.smileycodes.info



Monday, 9 September 2013

Anak Malas Solat

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

In Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....Aamiinn.

sumber = SINI

Friday, 6 September 2013

Kenangan Ramadhan 2013

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
(ENTRY NI PENUH DENGAN TULISAN DAN ENTRY NI SANGAT PANJANG)
 still nak update pasal Ramadhan walaupon Syawal pon dah abes huh =,='

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah sebulan kita berpuasa, Ramadhan pun dah berlalu..
Alhamdulillah, kita dah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan jayanya..
Yeah, a big clap for us..

*clap, clap, clap

^_^Y

…............................................................................................................................................................

Bagi aku, Ramadhan tahun ni la yang paling bermakna buat aku.. Aku try sehabis baik untuk jadikan Ramadhan tahun ni Ramadhan yang paling hebat, paling berharga, paling berguna berbanding Ramadhan sebelum ni..

Kalo Ramadhan yang lepas, aku just buat benda yang basic.. Solat lima waktu dan puasa (solat pon da yang terkantoi gak sebenarnya).. Still buat benda2 yang lagha.. Still enjoy listen to all-the-song-yang-melalaikan.. Terawih pon tak penah p..
Dengan alasan keja balik lambat.. Rutin harian sebelum Ramadhan dengan Ramadhan sama ja.. Yang bezanya hanya lah bulan Ramadhan tu kena puasa.. So aku still tak dapat nak rasa sebenar2nya nikmat Ramadhan tu..

Jadi, menjelang Ramadhan 2013, aku dah pasang niat, pasang tekad, aku tamau Ramadhan aku this year just berlalu begitu saja macam tahun2 lepas.. Tapi da jugak yang kantoi huh..

è Aku try pi terawih setiap malam.. Kalo tak pi pon, sebab memang ada hal yang takleh elak.. Bukan sebab malas..

è Bangun pagi, sebelum sahur, aku try jugak untuk solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.. Tapi kalo sempat, buat la lebih.. Tapi kantoi sebab aku selalu bangun lewat..

è Novel pon, aku tinggal la dulu novel2 cinta-lovey-dovey bagai.. Aku just sentuh Simfoni Cinta – Hilal Asyraf dgn Contengan Jalanan – Hlovate, Anthem (Hlovate), Sinergi(Hilal Asyraf).. Eceh, banyak la pulak novel yang aku baca.. Yang ni pon kantoi sebab aku tersangkut pulak dengan cerpen kat SINI.. Adeh.. Dugaan2..

è Dan Al-Ma'thurat tak tinggal langsung hehehe.. Setiap pagi memang akan baca.. Tapi petang dak la.. Kalo sempat, aku baca la.. Harap2 benda ni aku pegang sampai lepas Ramadhan la..

è Tapi Al-Quran tak sempat nak khatam.. Alasan sebab keja.. Logik dak? Sekarang keja, next year study pulak.. Boleh buat dak tahun depan? Kena usaha lagi double dari tahun ni la kan.. Aku nak jadi macam Akmal (Contengan Jalanan).. Dia pon study, tapi dia boleh luangkan masa dia untuk beribadat, kenapa aku tak boleh.. So, aku pon boleh.. Yakin boleh..

è Bila sampai Ramadhan ke-15, radio dah start pasang lagu2 raya.. Seriusly, dulu aku rasa la jugak excited nak raya.. Tapi this year, aku rasa tadak semangat sebab aku rasa macam aku tak puas lagi nak beribadat di bulan Ramadhan.. Bila 15 Ramadhan pon dah start bukak lagu2 raya, aku rasa sedih.. Sebab aku dok rasa macam depa pakat dok hambat Ramadhan tu pi cepat2 la pulak, tak ke? Ke perasaan aku je?

è FB pon jarang bukak huh.. Just check email dan tengok list pemenang GA Ramadhan AbgFeroz..

è Tv pon jarang tengok dah.. Malam2 memang confirm la tak tengok sebab terawih.. So no more Dewi Lasak, no more Kisah Cinta, no more NCIS.. Siang2 pulak keja.. Tapi ada satu yang aku tak tinggal -: FairyTail.. Memang pagi Ahad akan tercangak jugak depan Tv..

Dan niat aku tercapai.. Aku pernah niat, kalo aku jadi sponsor mana2 GA, hadiah pertama yang akan aku bagi, CONTENGAN JALANAN – Hlovate..



Novel tu bagi kesan yang sangat2 kat aku. Dan sempena Ramadhan ni, NanaMeer dapat Contengan Jalanan dari aku hahahaha.. Nama je sempena Ramadhan, tapi bulan Syawal baru bagi kat dia.. Hehe sori ye dik, Edo lambat pos..


Buat masa ni, apa yang aku azam untuk Ramadhan kali ni tercapai walaupun tak tercapai dengan sempurna.. InsyaAllah, kalo dipanjangkan umur, next year, tingkatkan usaha =D