Kawan-kawan =D

Sunday, 15 December 2013

Feed the Homeless (WC) @ Pasar Seni

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Ari ni aku just nak cita sikit pasal program Weekenders Club yang aku join Jumaat ari tu..

Program ni actually dianjurkan oleh pelajar UM..
Kitorang kenders ni lebih kurang macam membantu je..

Objektif utama program ni ; distribute makanan untuk individu2 homeless

Oleh sebab aku tadak keja petang tu, aku join la..

Kalau ikot info dekat fb, kitorang kena berkumpul kat Pasar Seni pukul 3..
Aku sampai kat kolej pukul 1 lebih, sebab pagi aku ada kelas..
Sampai je dalam bilik, aku pikir "nak pi, tamau pi, nak pi, tamau pi.."
At last, "ok, aku pi.."


Lepas siap2 ala kadar, tengok jam 1430..
Hah apa nak kata? Sempat ke tak sampai sebelum 1500?

Rushing jugak la, berjalan pon dah tak macam berjalan..
Dah ala2 berlari dah aku..
Takut sampai lambat, orang dah start, segan la pulak..

Dan, aku sampai kat lrt Pasar Seni jam 1455..

Bila aku sampai, kosong..
Sepatutnya berkumpul kat pintu masuk, tapi aku tak nampak sapa2 yang bercirikan Weekenders pon..

"Ehh, aku salah tarikh ke?"
Check balik Fb, betol je tarikh..
Mesej sorang abg Weekenders ni, dia cakap " tunggu kat pintu masuk jam 1530"

Hah penat aku berlari huhu

So aku pon tunggu je la kat pintu masuk tu..
Then, nampak budak2 UM sampai..

Yang ni time diorang baru sampai..
Aku dok kat ceruk tepi jela sebab tak kenai sapa2..


Tak lama lepas tu, baru la ahli Weekenders sampai..
Ramai yang baru 1st time join..
And most of them, pelajar UM jugak..
Tapi tak ramai sangat la Weekenders sebab Jumaat bukan weekend kan
So pakat ada keja la..

Time ni kitorang berkumpul nak bahagikan kepada 3kumpulan
Hujan sangat2 lebat

Ada adik sorang ni cakap (bukan adik sangat la, umo 20), "akak macam mana neh? hujan lebat.."
Aku cakap' "tak pe, kita nak buat baik, InsyaAllah, Allah tolong"
Kitorang pegi 3tempat, area Pasar Seni, Masjid Jamek, Pudu

Aku punya group dapat area Masjid Jamek
Kitorang berjalan dalam hujan..
Payung pon utamakan untuk payung makanan..
Kalau makanan basah, tak ke kesian dekat orang yang bakal dapat makanan tu..

Kitorang berenti solat jap dekat masjid kat situ, aku tatau apa nama masjid tu =='

Lepas solat, aku keluar dari masjid tu, Subhanallah, hujan berenti :)
Kuasa Allah kan, tadak sapa boleh lawan..

Dan kitorang start distribute makanan..


Aku amik gambar dari belakang je la, sebab aku berjalan kat belakang huhu..

Lebih kurang sejam lepas tu, kitorang selesai agihkan makanan..

Berkumpul balik kat Pasar Seni, dalam pukol 1800, aku balik..
Time balik, aku balik sekali dengan ahli Weekenders yang study kat UM tu..
Sebab satu hala je..

Diorang cakap, "beraninya datang sorang2"
Aku redah je sebab aku tak kenal sapa2..

Yang best, dapat pengalaman baru, dapat kawan baru =D

Actually, ari ni ada lagi 1event Weekenders Club dekat Batu Caves, tapi aku tak leh join sebab tadak geng =,='
Nak redah pi sorang2, cuak la pulak.. Macam jauh je huhu


p/s: aku lupa pulak Sunathon ari tu tak cita lagi.. Kak Zakiah dah banyak kali pesan suruh update..



4 comments:

  1. penat dah aku nak peringat hg pasai sunathon tu...sampai 2 kali jumpa pun tak update lagi..=_="

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada event macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pha is, a'ah mmg sgt best..
      weekenders utagha pon ada

      join la =D

      Delete