Kawan-kawan =D

Sunday, 15 December 2013

Feed the Homeless (WC) @ Pasar Seni

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Ari ni aku just nak cita sikit pasal program Weekenders Club yang aku join Jumaat ari tu..

Program ni actually dianjurkan oleh pelajar UM..
Kitorang kenders ni lebih kurang macam membantu je..

Objektif utama program ni ; distribute makanan untuk individu2 homeless

Oleh sebab aku tadak keja petang tu, aku join la..

Kalau ikot info dekat fb, kitorang kena berkumpul kat Pasar Seni pukul 3..
Aku sampai kat kolej pukul 1 lebih, sebab pagi aku ada kelas..
Sampai je dalam bilik, aku pikir "nak pi, tamau pi, nak pi, tamau pi.."
At last, "ok, aku pi.."


Lepas siap2 ala kadar, tengok jam 1430..
Hah apa nak kata? Sempat ke tak sampai sebelum 1500?

Rushing jugak la, berjalan pon dah tak macam berjalan..
Dah ala2 berlari dah aku..
Takut sampai lambat, orang dah start, segan la pulak..

Dan, aku sampai kat lrt Pasar Seni jam 1455..

Bila aku sampai, kosong..
Sepatutnya berkumpul kat pintu masuk, tapi aku tak nampak sapa2 yang bercirikan Weekenders pon..

"Ehh, aku salah tarikh ke?"
Check balik Fb, betol je tarikh..
Mesej sorang abg Weekenders ni, dia cakap " tunggu kat pintu masuk jam 1530"

Hah penat aku berlari huhu

So aku pon tunggu je la kat pintu masuk tu..
Then, nampak budak2 UM sampai..

Yang ni time diorang baru sampai..
Aku dok kat ceruk tepi jela sebab tak kenai sapa2..


Tak lama lepas tu, baru la ahli Weekenders sampai..
Ramai yang baru 1st time join..
And most of them, pelajar UM jugak..
Tapi tak ramai sangat la Weekenders sebab Jumaat bukan weekend kan
So pakat ada keja la..

Time ni kitorang berkumpul nak bahagikan kepada 3kumpulan
Hujan sangat2 lebat

Ada adik sorang ni cakap (bukan adik sangat la, umo 20), "akak macam mana neh? hujan lebat.."
Aku cakap' "tak pe, kita nak buat baik, InsyaAllah, Allah tolong"
Kitorang pegi 3tempat, area Pasar Seni, Masjid Jamek, Pudu

Aku punya group dapat area Masjid Jamek
Kitorang berjalan dalam hujan..
Payung pon utamakan untuk payung makanan..
Kalau makanan basah, tak ke kesian dekat orang yang bakal dapat makanan tu..

Kitorang berenti solat jap dekat masjid kat situ, aku tatau apa nama masjid tu =='

Lepas solat, aku keluar dari masjid tu, Subhanallah, hujan berenti :)
Kuasa Allah kan, tadak sapa boleh lawan..

Dan kitorang start distribute makanan..


Aku amik gambar dari belakang je la, sebab aku berjalan kat belakang huhu..

Lebih kurang sejam lepas tu, kitorang selesai agihkan makanan..

Berkumpul balik kat Pasar Seni, dalam pukol 1800, aku balik..
Time balik, aku balik sekali dengan ahli Weekenders yang study kat UM tu..
Sebab satu hala je..

Diorang cakap, "beraninya datang sorang2"
Aku redah je sebab aku tak kenal sapa2..

Yang best, dapat pengalaman baru, dapat kawan baru =D

Actually, ari ni ada lagi 1event Weekenders Club dekat Batu Caves, tapi aku tak leh join sebab tadak geng =,='
Nak redah pi sorang2, cuak la pulak.. Macam jauh je huhu


p/s: aku lupa pulak Sunathon ari tu tak cita lagi.. Kak Zakiah dah banyak kali pesan suruh update..



Saturday, 7 December 2013

Jumaat Again

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ

Assalamualaikum...

It's about Jumaat again..
Skarang ni entri aku sumanya pasal ari Jumaat

Okeyhh, tapi Jumaat kali ni lain sikit
Sebab aku ada geng nak berjalan...

Dan orang tu,,

Siti Zakiah la
Sapa lagi kan
 
Ajak Wani, Wani ada kelas plak..
Alaaa..

Dia mai KL straight away from Unisel hehe
Ksian dia, keluar awai2
Dia dah keluar pon, aku boleh duk berguling2 atas katil lagi

Dia sampai sini dalam 10 lebih..
Aku tunggu ja dia dekat KL Sentral

Kitorang nak tengok wayang je pown..
Nak menuju ke kedai buku yang aku cita tu, memang tak la..
Masing2 tadak bajet..

So kitorang just ke Times Square
Pi cari GSC, dan decide, buat MOVIE MARATHON
Hahaha plan nak buat dekat Kedah dulu tak tercapai

Hajat tercapai kat KL rupanya

Kitorang tengok

 
 Yang ni pukol 12, Zakiah yang bayar sebab dia nak tengok huhu..

Bagi aku, not bad la..
Cerita pasal dua orang yang bersungguh2 nak berubah dan nak sangat jumpa UAI
Banyak sangat dugaan diorang time nak pegi ceramah UAI
Dan ada jugak selit cerita pasal perjalanan jemaah tabligh..

Aku tengok cita ni sebab aku minat Pierre Andre =,='

Habis dalam pukol 2, pi cari surau..
Lepas tu jalan2 sat, jumpa keychain neh hahaha

Kak Zakiah la tunjuk
She knows me so well, i guess





Dan pukol 3, kitorang tengok


Haa ni la tujuan utama aku keluar semalam
Yang ni aku la pulak yang bayar, sebab aku yang beria excited sangat nak tengok =D

Okeyh, cita neh sumpah best
Sapa yang tak tengok lagi, p tengok sekarang jugak..
Seriusly, memang sangat best..
Lagu pon best..
Boleh buat aku sengih sepanjang tengok cita neh
Keluar panggung pon boleh sengih lagi, kira memang best la

Sayangnya, kitorang tengok 2D
Sambil tengok, aku dok bayang keadaan kalo tengok 3D
Sebab animation dia cantik

Kalo nak tengok 3D, memang mimpi la
Sebab lewat sangat..





Abeh cita tu dalam pukol 5, berebut naik monorel ke KL Sentral yang paling tak leh blah
Sangat2 padat
Zakiah tanya, "macam mana la ang hidup macam neh?"
Hehe aku sengih je

Kitorang cari makan kat KL Sentral
Rasa Ayamas




Pukol 7, kitorang berangkat pulang..
Sekian, terima kasih..


Thursday, 5 December 2013

Jumaat yg Awsome?

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ



Assalamualaikum..

Haa lama gila aku tak update kan..
Kalo blog ni boleh barcakap, rasanya blog ni pon dah merajuk dengan aku..
Tapi apa kan daya, aku sangat2 busy..

Ari tu dah plan nak update, sampai je kolej, terus bukak..
Tapi tak terupdate jugak sebab blogspot dengki kat aku =_='

Abeh musnah harapan aku, punya la semangat aku nak cita pengalaman aku jadi backpacker amatur haha

......................................................................

dah 3 bulan aku kat KL ni..

kalo nak senarai perbezaan tempat duduk kat KL dengan rumah kat kedah, memang sangat banyak la kan

Yang paling ketara sekali, kalo kat umah, hidup aku dikelilingi pokok

Tapi bila mai sini........

Seriusly, 1st time mai sini, aku tak boleh duduk hahaha

So apa yang aku wat??


Jumaat lepas, keluar pukol 7pagi ke Taman KLCC
Punya la semangat hanya semata2 nak tengok pokok












Plus minus tiga jam kat situ, cuci mata tengok pokok, tengok orang joging..
Aku balik sebab kena singgah kampus, setelkan sedikit masalah dan......
Start pikir, apa lagi aku nak wat ekk??

So aku pon ala2 berjalan tadak tujuan..
Masuk je semua shopping mall yang ada kat area tu..

Keep jalan and jalan, dah macam backpacker tadak tujuan
Jalan kat tempat yang aku tak penah pegi
Teringat time NI


Dan aku terjumpa satu bookstore
Agak besar tapi macam kosong tadak orang
Dalam hati, "Uni, nak masok ke tak?"
Kalo masok kedai buku, memang wajib grab jugak something
Tapi duit ada RM30 ja
Lama aku tenung kedai tu,,, dan aku masok....

Memang tadak orang, kosong je.. Hehe sebab ari Jumaat kan, orang keja..
Aku sorang ja berjimba tadak tujuan sebab kelas kensel..

Yang aku perasan, di bahagian depan banyak novel2 baru..
Yang penulis dia belum naik lagi..

Dalam hati, "Owh, novel tak banyak sangat.. Banyak novel baru2 ja.. Dah la penulis suma aku tak kenai.."
Dan aku masuk ke dalam lagi.. Kedai tu sangat besar, sebelah kanan ada novel, komik..
Sebelah kiri ada buku agama ngan buku sekolah rendah..
Bawah pon ada lagi..

And of coz la aku ke sebelah kanan
Dan sepanjang rak yangg ada kat situ, penuh dengan novel
Seriusly tak tipu
Siap dengan label diskaun20%
Aku tanya auntie tu, "Novel dekat rak ni diskaun 20% ke?"
Dan dia jawab,"bukan dekat rak tu je.. suma novel ada diskaun.."

Hah apa lagi kau nak cakap?
Terdiam aku.. Haha terkejut giler seyh..

Yang paling best, suma novel yang aku nak, aku cari kat Kino, tapi suma tadak..
Tapi kat kedai ni, semua yang aku cari ADA..
Mazni Aznita ada, Rnysa ada, Bonda Nor ada, Melur Jelita punya pon ada

Aku dah rasa macam nak wat lompat bintang kat tengah kedai tu..
Bagitau kat Zakiah, dia tengah test time tu..
Aku rasa kalo dia kat bilik, dia pon dah wat lompat bintang kat dalam bilik..
Hehe punyala excited..

Haha yang lagi excited, aku jumpa FB friend aku punya komik..
Yazid Roslan punya komik.. Evolusi kalo tak silap..
Hehe bangga kot.. Macam nak bagitau kat satu kedai, "eh, ni kwn aku punya komik.."

Balik terus online, bagitau Yazid Roslan..



Ikotkan ati, aku tamau keluar dari kedai tu.. Rasa macam nak menjelajah seluruh kedai tu..
Dah terlintas dalam hati, "nanti aku nak tanya auntie ni, nak pakai part timer tak haha"
Dan dah interview, buka ari apa, pukol berapa

Oleh sebab aku dalam mode berjimat, aku tak beli la novel..
Sebelum balik, aku grab jugak dua ni
Aku beli Kreko bukannya sebab aku baca; tapi sebab dapat kalendar 2014 je






Huh sanggup kan..
Dan buku dari Mekah tu sebab mak aku penah suruh aku beli, tapi tak terjumpa



Dan aku jumpa kat kedai ni
Sebab tu aku cakap, kedai ni sangat awsome..

Time berjalan balik, pikir lagi, "nak p Pasar Seni dak?"
Sebab agenda utama aku ari tu; p Taman KLCC, singgah kampus, balik singgah Pasar Seni..

Kalo nak tau kenapa aku nak sangat p Pasar Seni, bacala novel ni haha



Dan aku terus balik, tak pi pon Pasar Seni

Memang letih sangat2 la kan..
Berjalan je keja..
Bila orang tanya, pi mana?
Aku jawab pi joging..

Haha joging dari pukoi 7 sampai pukoi 1 tengahari
Memang nampak gak weird sebab tengahari rembang pon berjalan dengan sportwear lagi
Tapi takpa, Zakiah kata, "baru hensem haha"
Hensem la sangat =_='
Kak Zakiah tanya yang biru tu apa?
Hehe apa lagi, tali handsfree la.. Macam la dia tatau yang adik dia ni tak boleh duduk kalo tadak handsfree =,='

Dan aku balik dengan semangat nak update blog, nak promote kedai tu la haha
Tapi blogspot dengki kat aku..
Harap maklum..

 Iklan bercambah.. Tak boleh nak update blog..

Aku siap tanya AbgFeroz, cemana nak wat..
AbgFeroz cakap maybe blogspot buat hal..
Suruh aku cuba di lain hari =D




Sunday, 17 November 2013

Teaser (Sunathon)

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Ehem2, ni teaser je..

InsyaAllah will be updated ASAP



Sunday, 29 September 2013

Positif di Sebalik Masalah

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum.. 

Hari ni aku rasa macam nak share artikel yang aku pernah hantar kat Gen-Q dulu. Dah lama dah benda ni.. Tapi hari ni baru tergerak hati nak share.. 
Jangan tanya kenapa hari ni sebab aku pun tak tau..






POSITIF DI SEBALIK MASALAH

Manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. Masalah yang menimpa berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

Namun, perkara yang ingin ditekankan ialah cara menangani masalah tersebut. Banyak kes yang berlaku kini, ramai yang mengambil jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan cara membunuh diri. Tiada syurga buat hamba Allah yang membunuh diri. Ada juga yang terlibat dengan masalah sosial terutamanya golongan remaja.

Apabila kita memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan misalnya, tidak melayakkan kita mendapat tawaran dari mana-mana universiti. Hal ini menimbulkan rasa sedih, tambahan pula jika sudah berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang diperoleh tidak memadai. Sedarlah bahawa ketika itu Allah sedang menguji dan ujian tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mampu kita tangani.

Mari kita berfikir secara positif. Kita tidak memperoleh keputusan yang baik kerana itu mungkin akan menimbulkan perasaan riak. Ya, mungkin kita tidak tahu apa yang terbaik untuk masa hadapan kita. Maka, serahkan sahaja urusan menentukan kehidupan tersebut kepada Allah.

Seperti yang diceritakan dalam surah al-Kahfi, ayat 66 hingga 82 iaitu kisah pengembaraan Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir. Dalam pengembaraan tersebut, mereka telah membuat perjanjian supaya Nabi Musa tidak boleh mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir. Ada satu ketika, Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil. Pada akhir pengembaraan, sebelum mereka berpisah, Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa: “Anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapa dan Tuhannya.”

Kita harus sedar bahawa semua orang mempunyai masalah. Mengapa begitu ketetapan Allah? Kerana Allah sayangkan kita, Allah tidak pernah lupakan kita, supaya kita menjadi lebih sabar dan supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.

Ada satu kata-kata yang berbunyi: “Whatever happen, there might be a reason after that.” Insya-Allah kita akan menjadi seseorang yang lebih sabar jika kita berfikir secara positif.






Wednesday, 25 September 2013

#11 UNIC - Insan Bernama Kekasih

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Memandangkan ari ni dari hostel ke kampus, dari kampus ke hostel,
aku dok ulang dengaq lagu ni ja, so aku nak share lirik lagu neh..

Mula2 ingat nak ikot stail AbgFeroz,
dengaq, ulang 10kali, tulis lengkap lirik satu lagu
Hehe tapi aku tak mampu

Dah berpuluh kali ulang pon tak boleh nak tangkap jugak lirik dia
So aku guna khidmat pakcik Google la

Unic - Insan Bernama Kekasih

Debar hatiku membisik rindu 
Ingin aku katakan kau gadis idaman 
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan 
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya 
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan 
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan 
Selagi kasih yang terbina 
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampakan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya 
Insan bernama Kekasih


Sumber

Sunday, 22 September 2013

Quizilla #5 --> Which are you most The Sun, or the Moon?

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

It's Quizilla again..

Which are you most The Sun, or the Moon?


I guess the answer would be the moon..


And the answer is


The moon

Dia cakap kat situ


You're the moon. You have a dark, mysterious side to you. Of course you aren't negative, but as it is the moon was always a bright mysteroious ball of of light. A cold feeling to it .Lonleyness, But the moon is also a graceful, beautiful thing.

Yeah plus minus betolla tu.. Memang setiap kuiz yang aku amik pon, result dia akan ada word mysterious, dark etc hahaha


http://www.smileycodes.info



Monday, 9 September 2013

Anak Malas Solat

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

In Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....Aamiinn.

sumber = SINI

Friday, 6 September 2013

Kenangan Ramadhan 2013

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
(ENTRY NI PENUH DENGAN TULISAN DAN ENTRY NI SANGAT PANJANG)
 still nak update pasal Ramadhan walaupon Syawal pon dah abes huh =,='

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah sebulan kita berpuasa, Ramadhan pun dah berlalu..
Alhamdulillah, kita dah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan jayanya..
Yeah, a big clap for us..

*clap, clap, clap

^_^Y

…............................................................................................................................................................

Bagi aku, Ramadhan tahun ni la yang paling bermakna buat aku.. Aku try sehabis baik untuk jadikan Ramadhan tahun ni Ramadhan yang paling hebat, paling berharga, paling berguna berbanding Ramadhan sebelum ni..

Kalo Ramadhan yang lepas, aku just buat benda yang basic.. Solat lima waktu dan puasa (solat pon da yang terkantoi gak sebenarnya).. Still buat benda2 yang lagha.. Still enjoy listen to all-the-song-yang-melalaikan.. Terawih pon tak penah p..
Dengan alasan keja balik lambat.. Rutin harian sebelum Ramadhan dengan Ramadhan sama ja.. Yang bezanya hanya lah bulan Ramadhan tu kena puasa.. So aku still tak dapat nak rasa sebenar2nya nikmat Ramadhan tu..

Jadi, menjelang Ramadhan 2013, aku dah pasang niat, pasang tekad, aku tamau Ramadhan aku this year just berlalu begitu saja macam tahun2 lepas.. Tapi da jugak yang kantoi huh..

è Aku try pi terawih setiap malam.. Kalo tak pi pon, sebab memang ada hal yang takleh elak.. Bukan sebab malas..

è Bangun pagi, sebelum sahur, aku try jugak untuk solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.. Tapi kalo sempat, buat la lebih.. Tapi kantoi sebab aku selalu bangun lewat..

è Novel pon, aku tinggal la dulu novel2 cinta-lovey-dovey bagai.. Aku just sentuh Simfoni Cinta – Hilal Asyraf dgn Contengan Jalanan – Hlovate, Anthem (Hlovate), Sinergi(Hilal Asyraf).. Eceh, banyak la pulak novel yang aku baca.. Yang ni pon kantoi sebab aku tersangkut pulak dengan cerpen kat SINI.. Adeh.. Dugaan2..

è Dan Al-Ma'thurat tak tinggal langsung hehehe.. Setiap pagi memang akan baca.. Tapi petang dak la.. Kalo sempat, aku baca la.. Harap2 benda ni aku pegang sampai lepas Ramadhan la..

è Tapi Al-Quran tak sempat nak khatam.. Alasan sebab keja.. Logik dak? Sekarang keja, next year study pulak.. Boleh buat dak tahun depan? Kena usaha lagi double dari tahun ni la kan.. Aku nak jadi macam Akmal (Contengan Jalanan).. Dia pon study, tapi dia boleh luangkan masa dia untuk beribadat, kenapa aku tak boleh.. So, aku pon boleh.. Yakin boleh..

è Bila sampai Ramadhan ke-15, radio dah start pasang lagu2 raya.. Seriusly, dulu aku rasa la jugak excited nak raya.. Tapi this year, aku rasa tadak semangat sebab aku rasa macam aku tak puas lagi nak beribadat di bulan Ramadhan.. Bila 15 Ramadhan pon dah start bukak lagu2 raya, aku rasa sedih.. Sebab aku dok rasa macam depa pakat dok hambat Ramadhan tu pi cepat2 la pulak, tak ke? Ke perasaan aku je?

è FB pon jarang bukak huh.. Just check email dan tengok list pemenang GA Ramadhan AbgFeroz..

è Tv pon jarang tengok dah.. Malam2 memang confirm la tak tengok sebab terawih.. So no more Dewi Lasak, no more Kisah Cinta, no more NCIS.. Siang2 pulak keja.. Tapi ada satu yang aku tak tinggal -: FairyTail.. Memang pagi Ahad akan tercangak jugak depan Tv..

Dan niat aku tercapai.. Aku pernah niat, kalo aku jadi sponsor mana2 GA, hadiah pertama yang akan aku bagi, CONTENGAN JALANAN – Hlovate..



Novel tu bagi kesan yang sangat2 kat aku. Dan sempena Ramadhan ni, NanaMeer dapat Contengan Jalanan dari aku hahahaha.. Nama je sempena Ramadhan, tapi bulan Syawal baru bagi kat dia.. Hehe sori ye dik, Edo lambat pos..


Buat masa ni, apa yang aku azam untuk Ramadhan kali ni tercapai walaupun tak tercapai dengan sempurna.. InsyaAllah, kalo dipanjangkan umur, next year, tingkatkan usaha =D



Tuesday, 27 August 2013

Rentetan Terawih 2013

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ







P
erjalanan Terawih 2013

Assalamualaikum..

 Saja nak cerita pengalaman terawih aku yang tak berapa nak cukup sebulan neh huh.. Walaupon Syawal pon dah nak abeh, tapi aku still nak cita jugak pengalaman aku..


B
erbekalkan azam baru, aku berusaha sehabis baik untuk p terawih tiap2 ari tahun neh..

A
ku try sehabis baik untuk p terawih hari2.. Tapi first night terawih pon dah kantoi tak pi sebab elektrik tadak kat umah.. Bertapa kat umah tunggu TNB mai.. Adeh, memang sedih la kan.. Punya la semangat balik keja tu, nak p terawih, tapi bila sampai umah, “aik, gelap?”..


Malam ramadhan pertama


Malam kedua dan seterusnya aku p dengan jayanya.. Kalo tak pi pon, tak pi sebab ada alasan yang kukuh, bukan sebab malas.. Hari pertama, kedua tu memang la rasa agak letih, tak larat etc.. Walaupon buat 8 rakaat je, tapi terlintas kat dalam kepala “bila nak abeh ni?” Tapi bila dah ari2 buat, kita pon dah boleh adapt solat banyak rakaat, dah tak jadi masalah dah.. Siap boleh pulak cakap “aik, nak abeh dah?”

-
Aku terawih kat surau kampung aku, surau tu kecik ja.. Yang aku perasan, malam first aku pi, saf perempuan penuh.. Cukup tiga saf.. The next day, agak terkejut, tinggal satu setengah saf ja.. “Huh, mana lagi satu setengah?” Positif kan minda, 'malam tu hujan rintik2, so ramai yang tak pi'..
T
he next day tak hujan, tapi tak penuh jugak.. Dan sampai ke sudah, tak penuh dah tiga saf..

-
Tapi dugaan jugak la kan, sampai umah pukoi 2000.. Rushing solat maghrib, mandi, makan.. 2030 dah p surau.. Letih dowh.. Tak dan nak rehat.. Tapi tak pa, setahun sekali kan.. Tahun depan belum tentu aku dapat rasa lagi ke tak.. Ajal maut tadak sapa tau kan.. Kadang2 tu terawih sambil menguap, rasa macam nak tumbang huh.. Malu seh..

-
Kalau dulu, diorang akan aturkan jadual moreh.. Malam ni, orang ni buat moreh.. Esok, orang tu buat moreh.. Tapi skang ni dah tak buat macam tu.. Sapa rasa nak buat, bagitau je nak buat bila.. So akan ada malam yang ada moreh, ada malam yang tadak moreh.. Tapi bila ada moreh, lepas solat, dengarla tok bilal tu cakap “jangan balik lagi oii, malam ni da moreh haha”
A
ku pulak keep asking bapak aku “ayah, bila kita nak buat moreh ni?”
S
ampai bapak aku nak muntah dengar soalan tu.. Dan mak aku baik punya pilih malam Ahad..

-
Yang tak bleh blah, tengah best2 isi mi goreng dalam tupperware, tiba2 “plup”.. Elektrik padam hahaha.. Aku ingat rumah kitorang ja, rupa2nya satu kampung gelap.. Mak aku kata “abehla kita zati, sapa nak makan banyak2 neh”
Hahaha kita bungkus antaq kat umah la”
M
ak aku cakap “orang baru lepas buka posa, sapa la yang nak makan lagi”
Hehe betoi jugak.. Tunggu je la kot2 da orang p surau”

Malam turn kitorang punya moreh

-
Kitorang pon keep tunggu dan tunggu, tapi tak nampak pon orang yang keluar p surau.. Adeh..
A
t last, bapak aku p skodeng surau.. Bapak aku balik n cakap “ada la dua tiga orang kat surau”
A
lhamdulillah, ada jugak orang..Dan malam tu 18orang p terawih.. 9 lelaki 9 perempuan.. Dan mi goreng mak aku abeh jugak..
D
apat pengalaman baru jugak: pengalaman solat dalam gelap dan panas..






Tuesday, 23 July 2013

Sesi Promosi

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..

Ari ni aku tamau cakap panjang2..
Aku nak jadi promoter pulak..

Jom ramai2 join Kelab Blogger Belia 




Antara kelebihan yang kita dapat
-boleh rapatkan lagi silaturrahim antara blogger
-boleh kenal lebih ramai blogger yang ada di Malaysia neh
-boleh kongsi tips berguna buat newbies kan
-dan macam2 lagi la kan






Lagi satu aku nak promot..



Sapa yang berminat, KLIK SINI

Kalo nak bagitau aku pon boleh je..

Wednesday, 3 July 2013

GA Ramadhan

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ
Assalamualaikum..


Arini aku tamau cakap panjang2.. (malas nak tulis huh)

Aku just nak inform AbgFeroz da organize satu GA..

So jom pakat2 join..

Sama2 kita meriahkan GA sempena Ramadhan neh..

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak





Saturday, 22 June 2013

Masa Untuk Bocorkan Rahsia

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ



Assalamualaikum..

Amek kau Edo..
Baru je kata soalan tu menarik, terus di tag oleh Inche Pha Is..
Haha skarang kena la jawab soalan2 tu..

masa ntok bocorkan rahsia diri sendiri huhu

Dan soalan2 nya.......

û  suka warna apa? Why? (5markah)
û  Kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. (4markah)
û  jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion, berikan SATU benda pertama sekali yang akan dibeli. (2markah)
û  ciri-ciri pasangan idaman/ideal? (10markah)
û  aktiviti masa lapang / hobi? (5markah)
û  subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah? (6markah)
û  makanan kegemaran? (4markah)
û  siapakah yang paling disanjungi / dijadikan inspirasi? (5markah)
û  suka makan ubat tak? (4markah)
û  kartun / anime yang paling suka dan berikan watak yang paling disukai dalam kartun / anime tersebut. Kalau tak suka, berikan sebab kenapa. (5markah)
û  ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang hidup.. (10markah)



Mak aii, soalan.. Menguji minda gitu..

Jawapan.......

Ø  suka warna apa? Why?
à Aku suka hitam ngan kelabu.. kenapa? Aku pon tak sure kenapa aku suka.. maybe sebab senang nak match dengan mana2 kaler kot.. kalo tak, takkan la aku bleh pakai baju kaler dengan shawl pink kan huh.. Tapi kebanyakan baju kurung aku kaler pink.. kenapa ek?? So weirdo..

Ø  kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan.
à Okeyh, nama anak ek? Anak lelaki = Adam, anak perempuan = Hawa..  Haha klise giler.. Aku pon tatau nak letak nama apa sebenarnya.. Tapi yang confirm, semua anak lelaki aku akan ada Adam di pangkal nama dan anak perempuan pertama akan bernama Ain..

Ø  jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion, berikan satu benda pertama sekali yang akan dibeli..
à  aku nak beli keta.. sebab keta tu keperluan.. yang len, tolak tepi dulu.. (jawapan pendek sebab dua markah je huhu)

Ø  ciri-ciri pasangan idaman / ideal?
à Markah banyak.. nak kena wat karangan ke?? hihi meh aku nak wat karangan
à yang penting orang tu bukan naga.. dah bermacam spesies naga aku jumpa.. macam2 gelaran aku bagi.. naga tanah, naga pokok balak, naga besi etc.. bila orang tanya kenapa? Aku jawab “aku tamau aku ngan anak2 aku mati sebab rokok” haha..
à tau basic masak haha..tau goreng telur dan masak sup pon dah ok.. at least bila something terjadi kat aku, anak2 aku tak kebulur huhu..
à yang len2 tu, macam besa ar, boleh bimbing aku, terima aku.. tak hensem takpa, tak berada takpa, yang sederhana cukup.. macam lagu dangdut Iwan “yang sedang-sedang aje” huhu

Ø  aktiviti masa lapang / hobi?
à Apa ek yang aku suka buat?
à Selalunya bila lapang, aku tengok anime, baca komik, baca novel, dengar lagu indie (sampai pengsan hoho)
à takpon, netsurfing (buka FB group Kelab Kartun Malaysia, download lagu opening-closing anime)
à memang semua hobi aku ada kaitan dengan anime hahahaha

Ø  subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah?
à Subjek aku paling suka kat sekolah, Matematik n Akaun.. aku sangat suka kira2 nombor neh.. tapi knapa AddMath aku kantoi ek??
à yang paling tak suka? Yang kena hafal2, baca 24/7 sampai ingat.. cth, Sejarah, Biology, Chemistry.. Fizik bleh tahan lagi sebab banyak juga kira2

Ø  makanan kegemaran??
à adehh, tanya diri sendiri.. Aku suka makan apa ek?? aku pon tatau aku suka makan apa.. rasanya aku makan je suma.. tapi aku kureng sikit ayam dengan daging..
à kalo tanya aku suka makan buah apa? Aku boleh jawab.. aku suka durian dengan buah salak.. sebab apa? Sebab ada duri kot eheh..

Ø  siapakah yang paling disanjungi / dijadikan inspirasi?
à Yang ni aku tak dapat jawab.. aku tak penah jadikan sapa2 sebagai inspirasi aku huh..
Tapi novel2 Hlovate, Hilal Asyraf banyak bagi inspirasi kat aku untuk berubah menjadi someone better..

Ø  suka makan ubat tak?
à Of coz la tak suka., mana ada orang suka makan ubat.. tapi dah sakit, telan jugak la kan.. tapi selalu ja skip.. suruh makan 3 kali sehari, aku makan 2 kali je.. suruh makan 2biji, aku makan 1biji je.. (aku buat pengakuan dekat pharmacist neh haha)

Ø  kartun / anime yang paling suka dan berikan watak yang paling disukai dalam kartun / anime tersebut. Kalau tak suka, berikan sebab kenapa
à kartun/ anime paling suka? Rasanya suma anime yang aku tengok, aku suka.. tapi setakat ni, aku paling suka Detective Conan, Shaman King n FairyTail.. oleh sebab umah tadak Astro, so aku tengok kat tv je.. tak banyak la anime yang aku boleh tengok.. nak download pon, sangat slow sebab aku duduk kat ceruk kampung.. kalau ada Astro, mungkin senarai aku lagi panjang kot huh
à Watak yang aku paling suka dalam DC, Ai Haibara dengan Heiji Hattori.. Ai Haibara sebab watak dia ala2 misteri, dingin, macam ada aura gelap menyelubungi dia.. Heiji pulak sebab dia gelap hehe.. A bit funny sometime..
à Shaman King pulak, aku suka Anna Toyama.. watak dia serius tapi dapat pakwe yang loyar buruk sikit.. tapi diorang sangat kuat..
à Fairytail,, Aku suka Natsu.. Natsu sangat2 kuat.. kuasa naga api.. tapi dia mabuk kenderaan huhu..
à Pha Is mintak 1 je, aku bagi sampai 3 huhu.. sori ek

Ø  ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang hidup..
à apa ek?  Hehe pengalaman duduk asrama SMK Ibrahim selama tujuh tahun.. banyak jugak pengalaman manis sebenarnya.. ada sekali tu cuti sekolah tapi tak balik umah, aku ajak kawan-kawan aku ronda2 kat sekolah.. berbekalkan sepapan kecik coklat Van Houten dalam poket.. nak kongsi 5orang.. tengah jalan2 kat tengah padang, tanpa amaran, hujan turun lebat giler.. 2orang lari berteduh.. hehe aku, Reani dengan Sazrina, stay kat tengah padang sampai ujan berenti.. makan coklat tengah hujan haha.. bila hujan dah berenti, kitorang balik hostel, p belakang blok kitorang, kait buah kelapa muda plak hahaha..  dah kenyang minum air kelapa muda, baru la pakat2 p mandi.. nasib baik, pakat tak demam.. boleh p sekolah dengan jayanya pada keesokan ari..


Haa setel jugak akhirnya..

Inche Pha Is, boleh dapat markah penuh dak?? Edo terlebih jawab pulak.. melampau2 tulis huhu.. mintak satu, bagi sampai tiga.. tanya sikit, jawapan panjang melebar.. harap dimaafkan hehe

P/s: jangan serik tag Edo ek huhu


-jawab sambil dengar lagu-lagu indie memang best.. idea datang mencurah-curah..