Kawan-kawan =D

Saturday, 24 March 2012

Detective Conan #2 - Sinopsis

?ِ?ْ?ِ ???ّ?ِ ???َّ?ْ?َ?ِ ???َّ?ِ?ْ?ِ
???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ????ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ



Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Kudou Shinichi telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Edogawa Conan.  Shinichi pada mulanya telah pun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo). 

Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Tropica Island" bersama Mouri Ran . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam(Organisasi Hitam). 

Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.

Dengan mengikut nasihat Dr. Agasa Hiroshi, Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Edogawa Conan." 

Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.

Bapa Ran, Mouri Kogorou juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.

That's all



Currently listen to Freedom - Maher Zain